Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.pa] | مڠاڤ

Definisi : sebab apa, apa fasal; apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.pa] | مڠاڤ

Definisi : 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa yg diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.pa] | مڠاڤ

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan sebab: ~ engkau tidak membaca buku? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengapa

Puisi
 

Mengapa adik menjahit baju,
     Menjahit kain si banyak lagi;
Mengapa adik kata begitu,
     Kata yang lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Tahu gadung itu mabuk,
     mengapa diratah-ratah?

Bermaksud :

Sengaja mencari perselisihan, kemudian menyesalkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu betul? 1. Eh,mengapa awak lewat? 2. Eh,mengapa awak lewat! 3. Eh!Mengapa awak lewat?Penggunaan yang betul ialah Eh! Mengapa awak lewat?Tatabahasa17.02.2011
Salam sejahtera. Tuan/Puan, adakah terdapat perbezaan antara "kenapa" dengan "mengapa"? Terima kasih."Mengapa" dan "Kenapa" merupakan kata tanya sebab. Penggunaan yang rasmi ialah "Mengapa", manakala "Kenapa" merupakan bahasa percakapan.Tatabahasa20.03.2014
soalan saya: Apakah perbezaan kenapa dan mengapa? minta berikan contoh penggunaan kenapa dan mengapa. terima kasih ;-)Kenapa dan mengapa sama makna. Untuk penggunana rasmi, mengapa lebih sesuai kerana kenapa ialah bahasa percakapan.Tatabahasa09.02.2010
mengapa semenjak hari sabtu (21 sept 2019) saya dapati capaian di kamus dbp sudah tidak seperti selalu? banyak terma yang saya cuba cari sudah tidak lagi dipaparkan. Contohnya, perkataan english - malay, "jumpsuit", "amazing" "incredible" saya seorang penterjemah bebas dan selalu bergantung kepada kamus dbp untuk memastikan kerja saya tepat. Saya harap kamus dbp dapat digunakan seperti sediakala secepat mungkin.

Masalah ini merupakan masalah  teknikal dan pihak kami telah mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut. Pihak tuan sudah boleh mengakses laman web tersebut untuk carian perkataan.

Lain-lain22.09.2019
Mengapa 'pemayur' sudah tidak dipadankan pada entri 'vegetarian' dalam istilah bahasa Melayu PRPM?Istilah "pemayur" masih terakam dalam bahasa Melayu dan diberi kata seerti dengan "vegetarian".Istilah29.08.2019
Mengapa 'hadhari' (حضاري) tidak dieja 'hadari' dalam kamus. Bukankah ض dieja 'd' dalam bahasa Melayu seperti ramadan (رمضان)?Ejaan "hadhari" dianggap kekecualian dalam ejaan perkataan Arab ke dalam bahasa Melayu. Ejaan sepatutnya ialah "hadari". Isu ini timbul apabila terdapat permintaan untuk mengekalkan huruf "dh" ketika dasar Islam Hadhari dilaksanakan di Malaysia.Lain-lain10.04.2019
Mengapa kata berpeleseran tiada dalam kamus tetapi ada dalam Istilah Malaysia PRPM?Salam sejahtera,

Tuan,

Perkataan yang betul ialah berpelesiran dan terdapat dalam Kamus Dewan.  

Sekian, terima kasih.
Istilah25.02.2019
Mengapa Kamus Inggeris Melayu Dewan tidak dipaparkan ketika carian kata?Melalui carian kami, Kamus Inggeris-Melayu Dewan masih tertera dalam prpm. Mohon pihak tuan/puan semak semula.Lain-lain02.12.2017
Mengapa kamus melayu dewan, kamus inggeri melayu dewan dan istilah malaysia tidak dipaparkan ketika carian kata dilakukan? Saya amat memerlukannya.Laman web kami boleh akses kepada semua domain berkenaan. Jika tuan masih menghadapi masalah yang sama, sila hubungi pegawai teknikal sistem maklumat melalui talian 03-21479388.Lain-lain02.12.2017
mengapa saya tidak menerima sebarang maklum mbalas untuk soalan bahasa yang telah saya hantar melalui khidmat bahasa sbp?Salam sejahtera, Saudara, Pihak kami akan memberi maklum balas soalan saudara dalam masa 3 hari bekerja. Harap sabar menunggu. Sekian, terima kasih.Lain-lain28.08.2017
12345678910...

Kembali ke atas