Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : menjadi arang, menjadi hitam spt arang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Apa guna mengarang bunga,
     Kalau tidak selah-jemelah;
Kalau kering Lautan China,
     Barulah cinta adik berubah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai ayam mengeram telur.

Bermaksud :

Peri keelokan, merah muka seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam mengarang telur).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mengetahui secara terperinci maksud seni mengarangSecara umumnya, seni mengarang mengenai seni karang-mengarang. Untuk lebih terperinci, sila rujuk bahan ini : Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 .Lain-lain07.03.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan seni mengarang ? Terima kasih.Secara umumnya, seni mengarang mengenai seni dalam menghasilkan karya. Untuk lebih terperinci, sila rujuk bahan ini : Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 .Tatabahasa16.03.2013
Tolong kenal pasti kesilapan pada ayat berikut : Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun.Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. Ayat ini betulTatabahasa12.02.2009
Bilakah keputusan peraduan mengarang cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan? Apakah media yang akan digunakan oleh anda untuk memberitahu para pemenang?Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Keputusan Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi Sekolah Menengah 2009 akan diumumkan selewat-lewatnya pada bulan Jun 2010. Surat akan dikirimkan kepada pemenang serta melalui laman sesawang DBP. Sekian, terima kasihLain-lain09.03.2010
betul atau salah? pertandingan bercerita pertandingan mewarna sudut bacaan pertandingan mengarang1. Pertandingan Bercerita . Bercerita sebagai kata kerja intransitif. Sekiranya menggunakan imbuhan meN, hendaklah menjadi menceritakan sesuatu. Oleh itu, untuk dua lagi pertandingan perlu ditukar menjadi pertandingan mewarnakan lukisan dan pertandingan mengarang esei. Tatabahasa08.03.2010
Salam sejahtera dan salam perpaduan diucapkan, saya seprang pelajar dari unimas. Saya amat berminat untuk mengarang esei mahupun cerpen pendek...saya juga teringin untuk menghasilkaan artikel-artikel yang dapat dikongsi kepada yang lain melalui hasil penulisan saya. Bolehkah tuan/puan mencadangkan kepada saya, di mana saya dapat menghantar artikel-artikel yang dikarang oleh saya atau dapatkah membuatnya sebagai kerja sambilan sambil belajar...saya turut boleh mengarang sesuatu artikel mengikut tajuk yang diberikan kepada saya...motif utama adalah untuk memperutuhkan penggunaan bahasa melayu saya dengan lebih mendalam lagi...diharapkan agar tuan/puan dapat memberikan respon terhadap soalan yang telah saya utarakan...sekian, terima kasih.

Salam sejahtera kepada saudari,

Berkaitan dengan pertanyaan saudari tersebut, KNB mencadangkan saudari merujuk majalah-majalah yang diterbitkan oleh DBP. Untuk makluman saudari, DBP setiap bulan menerbitkan pelbagai majalah dalam pelbagai bidang antara  Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Dewan Budaya, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, dan lain-lain. Dalam seperti majalah tersebut, ada disediakan surat atau pendapat daripada pembaca. Justeru, saudari boleh memanfaatkan ruangan-ruangan tersebut untuk menghantar setiap hasil tulisan saudari yang berkaitan. 

Untuk penulisan kreatif pula seperti cerpen dan puisi, saudari boleh menghantar karya ke majalah Tunas Cipta dan Dewan Sastera. Untuk mendapat alamat setiap majalah tersebut, saudari boleh merujuk di laman internet DBP.  Sekian, terima kasih.

Lain-lain21.02.2010
Adakah nama pejabat karang mengarang ditukar kepada upsi selepas kemerdekaan?Soalan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). Knb menangani soalan berkaitan bahasa termasuklah ejaan, istilah, laras dan tatabahasa. Sila rujuk buku sejarah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan soalan saudara.Lain-lain11.07.2012
Saya ingin bertanya, sekiranya dalam mengarang surat rasmi, apakah bentuk penulisan yang betul? betulkah ayat seperti dibawah? 1) Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas. 2) Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara diatas. 3) Perkara diatas adalah dirujuk Yang mana satu betul? pohon pandangan Pihak DBPPenggunaan yang lazim ialah Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang di atas.Lain-lain04.01.2011
Adakah dewan bahasa telah menghentikan peraduan-peraduan mengarang yang boleh disertai orang awam? Jika belum bagaimana saya boleh mendapatkan senarai peraduan dan syarat yang dikenakan?

DBP masih menganjurkan pertandingan/peraduan sebagai sebahagian daripada usaha DBP memupuk bakat penulis muda. Setiap pertandingan akan kami uar-uarkan dalam laman web kami.

 

Lain-lain31.01.2011
Saya merupakan seorang pelajar yang berminat dalam mengarang sajak.Walaubagaimanapun,saya mempunyai masalah untuk berkongsi karya saya bersama pembaca. Saya juga khuatir sekiranya sajak yang dikarang itu terdapat kesalahan kerana penghasilan sajak tersebut tanpa panduan dan bimbingan sesiapa.saya juga berminat untuk menyertai sebarang pertandingan bermotifkan sajak anjuran mana-mana pihak tetapi saya jarang menjumpai iklan-iklan mengenai pertandingan sajak melainkan pertandingan esei.Saya harap pihak DBP dapat membantu saya dalam menangani masalah ini.

Untuk menjadi seorang pengarang atau penyair yang baik, sdr. digalakkan membeli atau memiliki buku Panduan Menulis Sajak karya Rahman Shaari, terbitan DBP. Amat pasti - untuk menghasilkan sesebuah sajak yang bermutu memerlukan seorang penyair/penulis yang dapat menguasai bahasa dengan baik.

Sekian dan salam.

Lain-lain02.04.2009
123456

Kembali ke atas