Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasah

Puisi
 

Kalau tuan mengasah kapak,
     Asah mari sepagi hari;
Saya bawa sirih setepak,
     Untuk saya ganti diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mengasah belakang kapak,
     bilakah tajamnya?

Bermaksud :

Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu sumber perkataan 'Canai'. Ada sumber yang mengatakan perkataan 'Roti Canai' timbul dari roti yang dibawa oleh pendatang dari Chennai, India ke Malaysia. Jika teori ini betul, adakah perkataan 'Canai' (mencanaikan) seperti digunakan dalam Bahasa Melayu yang bermaksud mengasah, timbul dari perkataan Roti Canai (Chennai) ini?

Antara maksud canai ialah menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri. Konsep ini digunakan untuk 'roti canai'.

Makna18.08.2009
saya seorang pelajar tingkatan enam yang mengambil mata pelajaran bahasa malaysia dan mengalami kerumitan untuk mengarang dengan tatabahasa yang tepat dan gramatis. apakah cadangan untuk saya memperbaiki wacana saya? saya juga mengalami kesukaran untuk menghafal asal usul bahasa melayu serta fonologiSdr perlu banyak membaca buku ataupun rencana mengenai bahasa.Selain itu, sdr perlu banyak menulis dan menjadikan Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai rujukan utama. Dengan cara ini sdr akan dapat mengasah bakat dalam penulisan seterusnya Kamus Dewan dapat dijadikan bahan untuk mendapatkan perkataan baharu setiap hari. Proses menulis, membuat rujukan ini perlulah berkesinambungan dan berterusan. Tentang asal ususl BM dan fonologi sdr juga digalakkan membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. T.kasih.Lain-lain12.08.2008
Saya berminat dengan bidang penulisan. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan pandangan dan komen terhadap idea atau penulisan saya?Perkara utama yang perlu saudara lakukan adalah menghasilkan karya untuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Saudara boleh berkunjung ke Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Saudara boleh berbincang dengan editor  yang menguruskan penerbitan majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, dan sebagainya tentang hasil penulisan saudara. Saudara juga boleh menganggotai persatuan penulis di tempat saudara untuk mengasah bakat saudara dalam bidang penulisan.Lain-lain11.03.2008

Kembali ke atas