Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sa.pi] | مڠاسڤي

Definisi : 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, meng­harum­kan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sa.pi] | مڠاسڤي

Definisi : mengenakan asap pd sesuatu supaya masak (kering, harum dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasapi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah maksud "menyalai" sama dengan "memanggang"?

Mengikut Kamus Dewan “menyalai” bermaksud (1) mengeringkan, mengasapi, memanggang di atas api (2) memanaskan badan dekat api bagi perempuan yang baru bersalin (3) memasang lampu. 

Manakala “memanggang” bermaksud (1) memasak, memanaskan, mendiangkan,  di atas bara api (2) dalam bahasa Minang pula boleh membawa maksud membakar.  Jelas daripada maksud yang diberikan, kedua-duanya berkongsi maksud yang pertama sahaja.  

Makna06.03.2014
Tolong jelaskan perbezaan antara memanggang,membakar dan menyalai.Terima kasih

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memanggang bermaksud memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api. Membakar bermaksud 1. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang. 2. Memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dll) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar. Menyalai bermaksud mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api. Berdasarkan penerangan di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. 

Makna01.04.2011

Kembali ke atas