Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sampah (kata nama)
Bersinonim dengan kotoran, najis, latah, sarap, buangan, hampas, sisa, reja;,
Kata Terbitan : menyampah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya terbaca ayat-ayat ini dalam satu rencana Utusan Malaysia: 'Asingkan di punca!' dan '...orang ramai yang tidak mengasingkan sampah di punca dengan betul'. Apakah maksud 'di punca' dalam ayat-ayat ini? Adakah 'di' digunakan dengan betul? Terima kasih daun keladi.Untuk makluman tuan penggunaan frasa DI PUNCA  boleh digunakan dalam penerbitan dan kempen yang dilakukan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265, kata sendi nama di digunakan khusus di  hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Konsep punca bagi kempen tersebut ialah tempat (rumah, kilang, dan sebagainya).Lain-lain01.06.2017
NOTIS DENGAN TINDAKAN: MENGADAKAN TONG SAMPAH JENIS MUDAH ALIH Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dukacita dimaklumkan, berdasarkan pemantauan pegawai dan makluman dari konsesi kutipan sisa pepejal seliaan pihak Majlis mendapati, pengurusan sisa buangan dirumah sampah iaitu sisa domestik (sisa kantin) masih berulang dan tidak diurus dengan baik. Perkara ini telah diingatkan melalui notis terdahulu berkaitan untuk mengadakan tong sisa dan mengasingkan lokasi antara sisa domestik (sisa kantin) dengan sisa asrama. 3. Sehubungan itu, pihak tuan dimohon dalam tempoh empat belas (14) hari untuk mengadakan tong sampah jenis mudah alih berkapasiti 1100liter untuk pengurusan kutipan sisa domestik (sisa kantin) sahaja oleh pihak Majlis dan menyemak semula perjanjian tuan dengan pihak kontraktor kebersihan sekolah yang perlu menguruskan baki sisa dari asrama untuk dilupuskan ke lokasi yang dibenarkan oleh pihak Majlis. 4. SILA AMBIL PERHATIAN, bagi melicinkan proses kutipan sisa pepejal di tempat tuan, pihak tuan kehendaki untuk mematuhi kehendak notis ini dan pihak Majlis boleh menjalankan aktiviti penguatkuasaan berhubung perkara tersebut. Kerjasama dari pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Tiada soalan yang dikemukakan melalui platform ini.

Untuk makluman tuan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified).

Pihak kami akan menyediakan sebut harga.

Penyemakan dan penterjemahan11.03.2025

Kembali ke atas