Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.suh] | مڠاسوه

Definisi : 1. memelihara dan memberi tunjuk ajar, menjaga dan mendidik (anak kecil): semenjak kecil ia diasuh ibu supaya lebih berhati-hati kalau berada di negeri orang; 2. mengelola dan melatih, memimpin, membimbing: Papua Timur masih diasuh oleh Australia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.suh] | مڠاسوه

Definisi : menjaga dan mendidik anak kecil: ~ anak bukannya mudah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasuh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih.Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat  dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis.Lain-lain10.11.2011
1. Saya memimpin tangan / memimpin orang tua melintasi jalan. Perlukah kata kerja memimpin diikuti dengan tangan? kerana perkataan memimpin telah membawa maksud memegang tangan. 2. Sekolah saya mengadakan pertandingan menyanyi / pertandingan nyanyian? Apakah perbezaan antara kedua-dua frasa nama tersebut? 3. Saya menghidangkan makanan kepada / untuk ibu. Apakah perbezaannya ? kerana saya pernah terjumpa menghidangkan .... kepada dan menghidangkan ... untuk.

1. Ayat yang betul ialah saya memimpin tangan orang tua melintas jalan. Hal ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memimpin mempunyai tiga takrifan, iaitu: 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih.

2. Frasa yang betul ialah Sekolah saya mengadakan pertandingan nyanyian kerana nyanyian ialah kata nama, sedangkan menyanyi ialah kata kerja. Penamaan sesuatu perkara hendaklah dalam kata nama.

3. Syat yang lebih tepat ialah saya menghidangkan makanan kepada ibu kerana penggunaan kata sendi nama kepada dalam ayat tersebut menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Ayat tersebut boleh juga diolah sebegini: Saya menghidangi ibu makanan.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272 untuk keterangan lanjut.  

Tatabahasa07.02.2010

Kembali ke atas