Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ta] | مڠات

Definisi : 1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang: ceritanya tak lain drpd ~ kawan-kawannya sahaja; barang yg dikata, itulah kota prb janji hendaklah ditepati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Bulan Safar bulan sebelas,
     Cahayanya cerah menyapu awan;
Bukan mengata bukan membalas,
     Saya serah melukut secawan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Mengata dulang paku (= bawak) serpih,
     mengata orang aku (= awak) yang lebih.

Bermaksud :

Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, saya keliru mengenai peribahasa berikut. 1. melepaskan BATUH di tangga @ melepaskan BATUK di tangga. 2. mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih @ mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih tolong perjelaskan peribahasa yang tepat. terima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa yang berikut: 1. Bagai melepaskan batuk di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai; dan 2. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih bermaksud mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi.Tatabahasa16.08.2011
Ini bukan soalan tapi komen terhadap jawapan yang diberikan oleh DBP untuk dua soalan berkenaan peribahasa "mengata dulang paku serpih". Saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan di mana pihak DBP mengatakan versi yang betul ialah "mengata dulang paku serpih". Versi yang betul ialah "memaku/mengetuk dulang paku serpih/ mengata orang dia yang lebih." Baris pertama dalam pantun dua kerat ini ialah pembayang dan hanya untuk memberi rima kepada baris seterusnya. Maka perkataan "mengata" bukan berada di situ. Dari segi logiknya, mana mungkin kita "mengata" dulang? Satu lagi, ia adalah juga logik apabila memaku dulang, paku akan menjadi serpih. Sila membuat pembetulan di atas jawapan yang diberikan ini. Sekian, terima kasih.Jawapan Khidmat Nasihat Bahasa merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu, susunan Abdullah Hussain. Mungkin pendapat tuan ada benarnya dan kami boleh menerima setelah ada dapatan/kajian yang mengesahkannya serta dibuat pindaan dalam kamus/buku peribahasa susunan terbaharu. Lain-lain24.02.2012
saya ingin mengetahui erti peribahasa di bawah: 1. jangan jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri 2. jangan suka mengata orang 3. mulut murai 4. seseorang yang suka mengata orang1.  menjaga tepi kain orang - kiasan yang bermaksud mengambil tahu hal orang lain; 2. jangan suka mengata orang - bukan peribahasa  3. mulut murai - simpulan bahasa bermaksud orang yg sangat suka bercakap-cakap 4. seseorang yang suka mengata orang - bukan peribahasa   Lain-lain09.10.2008
Saya keliru diantara peribahasa, "kata dulang paku serpih" dan "Paku dulang Paku serpih" diantara itu yg satu yang betul dan boleh guna pakai...Peribahasa yg betul ialah mengata dulang paku serpih, mengata orang aku/awak yang lebihLain-lain24.08.2007
apakah kata imbuhan bagi kukur kelapa...mengukur kelapa atai mengkukur kelapa? Jika mengukur.. bukankah kata dasarnya ukur?Kata imbuhan yang betul ialah mengukur. Dalam hal ini, huruf k pada kata dasar (kukur) berubah menjadi ng apabila kata tersebut menerima imbuhan meN-. Contoh lain ialah mengira (kira), mengarang (karang) dan mengata (kata) Ejaan07.07.2011

Kembali ke atas