[me.nga.ta.i] | مڠاتاءي
Definisi : 1. mengeluarkan perkataan yg kurang sedap terhadap, bercakap buruk tentang (orang dll), mencaci, mencerca: orang muda itu ~ dia; dia sendiri dikata-katai dan suaminya disindir-sindir; 2. menegur (dlm erti mengherdik dll), memarahi; ~ adik memarahi adik; mengatakan 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan: maka sekali-kali bapaku itu tiada mahu ~ aku ini tahu atau pandai atau memuji aku; 2. menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan: maka semuanya orang itu ~ mimpinya kpd raja; ada suatu perkara penting yg hendak dikatakannya kpd kita; 3. bp menganggap (sbg), membuat kesimpulan (bahawa): kalau kita boleh berbuat demikian, barulah kita dikatakan mempunyai fikiran yg kritis; binatang ini boleh dikatakan besar juga; 4. mencakapkan (utk atau sbg melahirkan pandangan dll tentang sesuatu): apa hendak dikatakan, bukan kita boleh menahannya; 5. memisalkan, mengandaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nga.ta.i] | مڠاتاءي
Definisi : , mengata-ngatai bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)