memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah... memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah... yang mana satu betul? | Ayat yang betul ialah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah. | Tatabahasa | 25.06.2019 |
Soalan 1: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah kekeliruan dalam kalangan murid berkenaan bentuk huruf yang seakan-akan sama? Contohnya b dan d. Soalan 2: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah murid yang gagal untuk mengingati bunyi suku kata awal perkataan, menyebabkan murid menyebut bunyi perkataan yang mereka pernah dengar sahaja? Contoh perkataan' satu' disebut' batu' berdasarkan bunyi suku kata akhir iaitu ' tu '. Soalan 3: Bagaimanakah cara untuk mengatasi kelemahan murid mengeja perkataan yang mempunyai suku kata tertutup? Contohnya kertas dan kolam> | Soalan 1: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah kekeliruan dalam kalangan murid berkenaan bentuk huruf yang seakan-akan sama? Contohnya b dan d. Soalan 2: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah murid yang gagal untuk mengingati bunyi suku kata awal perkataan, menyebabkan murid menyebut bunyi perkataan yang mereka pernah dengar sahaja? Contoh perkataan' satu' disebut' batu' berdasarkan bunyi suku kata akhir iaitu ' tu '. Soalan 3: Bagaimanakah cara untuk mengatasi kelemahan murid mengeja perkataan yang mempunyai suku kata tertutup? Contohnya kertas dan kolam. 1. Huruf yang dikatakan sama kerana cara ia dihasilkan sama, namun akan berbeza jika daerah sebutan huruf berkenaan berbeza diterangkan kepada pelajar. 'b' ialah konsonan letupan dua bibir bersuara, manakala 'p' ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara. 2. Dalam bahasa, perkataan membawa makna. aspek makna 'satu' dan 'batu' adalah berbeza. Aspek semantik perkataan harus dijelaskan kepada pelajar, waima kata yang sama boleh membawa makna berbeza mengikut konteks contohnya 'daki'. 3. Penggalkan kata ikut suku kata.
| Tatabahasa | 18.04.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Yang manakah betul, "bangunan mesra alam diharap dapat mengatasi masalah pencemaran" atau "bangunan mesra alam diharapkan dapat mengatasi masalah pencemaran"? | Ayat yang betul ialah "Bangunan mesra alam diharap dapat mengatasi masalah pencemaran." | Tatabahasa | 26.09.2013 |
Salam sejahtera, Ayat manakah yang lebih gramatis? 1) Tuas digunakan untuk memperbesarkan daya bagi mengatasi beban yang berat. 2) Tuas digunakan untuk memperbesar daya bagi mengatasi beban yang berat. Maksud yang ingin disampaikan kpd pembaca ialah mesin ringkas digunakan untuk menjadikan daya lebih besar supaya daya yang besar ini dapat mengatasi beban yang berat. Sekian, Terima kasih. | Yang lebih gramatis ialah Tuas digunakan untuk memperbesar daya bagi mengatasi beban yang berat. Kata adjektif (contohnya besar) tidak menerima apitan memper_kan. | Tatabahasa | 16.06.2012 |
Ayat manakah yang betul? A) Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya tidak menjadi lebih serius lagi. B) Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya masalah ini tidak menjadi lebih serius lagi. | Ayat yang betul ialah "Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya tidak menjadi lebih serius lagi". | Tatabahasa | 30.05.2011 |
Cara mengatasi kesalahan tanda baca dikalangan murid-murid. | Secara umumnya setiap fungsi tanda baca harus dijelaskan kepada pelajar dan bagi menguji tahap kefahaman dan penguasaan mereka terhadap fungsi tersebut latihan akan diberikan. Sebagai guru semestinya saudara lebih memahami akan permasalahan dan ini dan melalui komunikasi (lisan/tulisan)dengan pelajar pasti saudara dapat mengesan tahap pemahaman mereka. | Lain-lain | 29.03.2013 |
Bagaimana untuk mengatasi masalah penggunaan kata bilangan yang tidak betul mengikut ayat yang hendak dibina? | Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan lazimnya menghasilkan bentuk jamak, seperti ... lima buah kereta dan semua pegawai ....Oleh itu, untuk menguasai penggunaan kata bilangan rujuk buku tatabahasa atau makalah yang berkaitan serta memperbanyakkan latihan membina ayat dengan menggunakan kata bilangan. | Tatabahasa | 04.03.2012 |
Cara ini mengatasi masalah cahaya yang dipantulkan dari/daripada cermin mata. | Kedua-duanya boleh digunakan, sama ada dari atau daripada. Jika merujuk tempat dan arah, kata sendi nama "dari" digunakan, dan jika menyatakan "punca", kata sendi nama "daripada" digunakan. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
langkah-langkah mengatasi masalah penggunaan bahasa rojak | Menggalakkan penggunaan bahasa baku dengan lebih giat melalui lebih banyak pendedahan dan penyebaran maklumat tentang perkara ini. Ini boleh dilaksanakan melaui kegiatan kebahasaan kepada masyarakat awam dan swasta. | Lain-lain | 27.10.2006 |
1a)(Dengan kata-kata lain,)kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. 1b)(Dengan kata lain, )kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. 2. (Kerja-kerja menangkap ikan) laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. 2b) (Kerja-kerja penangkapan ikan) laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. Kedua-dua ayat di atas, manakah ayat betul? Bolehkah beri penerangannya. | 1) Dengan kata lain kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. - kata tidak perlu digandakan untuk merujuk kepada jamak. 2) Kerja-kerja menangkap ikan laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. - kata menangkap merujuk kepada perbuatan, manakala penangkapan merujuk kepada proses tersebut. Oleh itu, kata yang paling tepat ialah menangkap. | Tatabahasa | 10.08.2010 |