Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.was] | مڠاوس

Definisi : = mengawasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengawas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon bantuan betulkah ayat ini. Mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek. ayat ini saya gunakan untuk senarai tugas kerja. mohon bantuan. terima kasih

Tuan/puan boleh menyediakan senarai tugas seperti yang berikut:

1.    Mengawas tapak projek

2.    Menyelia kerja pembinaan di tapak projek / tapak bina

Sekian. Terima kasih.
Tatabahasa06.06.2017
'duduk inding enggang tap' Mengenai baris pantun di atas, saya faham enggang ialah sejenis burung. Tapi apakah maksud perkataan 'inding' dan 'tap'? Apakah maksud baris tersebut keseluruhannya? Tolong jelaskan. Terima kasih.

Inding membawa dua maksud iaitu 1. mengawas dan memandang dgn harapan utk mendapat sesuatu, memasang telinga kerana hendak mendengar sesuatu (rahsia dll) 2. mengecek, meminta-minta (bkn kanak-kanak). Tap ialah sadap, toreh, ketukan, ulir dalam dan tamparan. Manakala untuk mendapatkan makna kesuluruhan rangkap sila rujuk buku yang berkaitan.

  •  

Makna02.12.2008
Bolehkah saya memulakan ucapan dengan perkataan "Mengawali ucapan"? Sekian, terima kasih.

Untuk makluman tuan, Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan mengawali seperti yang berikut:

1. menjaga dan me­ngawasi (tempat, bangunan, dll) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain): ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung;

2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau utk sesuatu tujuan lain); ~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja; ~ penyakit supaya tidak merebak.

Cadangan frasa yang sesuai ialah seperti "Bagi memulakan ucapan..."

Tatabahasa16.02.2015

Kembali ke atas