Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.wa.si] | مڠاوسي

Definisi : 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wa.si] | مڠاوسي

Definisi : 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengawasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat dibawah? 1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas.1. Kita perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras gejala sosial.

2. Orang ramai mengawasi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengah hari itu.

3. Mereka menghias bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya sesi pembelajaran pada waktu pagi tidak terganggu.
Tatabahasa16.08.2013
Maksud perkataan pemantauanPemantauan berasal daripada kata 'pantau'yang bermakna memantau, melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa memantau  projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: Pemantauan  terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan pemantau sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan pemantau degupan jantung. Oleh itu, kata pemantauan bermakna perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau.Makna06.10.2010
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat di bawah? (Sila bersertakan sebab kenapa salah) 1.Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2.Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3.Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. 4.Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5.Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6.Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7.Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8.Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9.Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10.Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11.Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12.Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial.
2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu.
3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas.
4. Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat.
5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan.
6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah.
7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair.
8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis.
9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas.
10. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat.
11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris.
12. Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.
Sila rujuk Kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan ejaan/imbuhan yang betul dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa02.08.2013
dicadangkan DBP memantau, kecelaruan penggunaan Bahasa Melayu di papan tanda

Saudara,

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Dasar Bahasa  sentiasa mengawasi penggunaan bahasa yang digunakan di sektor awam dan swasta. Antara tugas yang dilaksanakan ialah pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya  dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya.       

Lain-lain13.04.2010
tolong jelaskan kepada saya tentang memerhatikan dan memperhatikan serta jelaskan perbezaannya dan kegunaan dalam ayatPenggunaan yang betul ialah 'memerhatikan' yang bermaksud mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat, mengawasi, menjaga atau memereksai. Kata 'memperhatikan' tidak digunakan kerana awalan 'Memper -'  lazimnya digabungkan dengan kata nama (memper + alat = memperalat), kata adjektif (memper + besar = memperbesar), dan kata sendi (memper + oleh = memperoleh).Tatabahasa18.03.2008
maksud kawalan belanjawan

Saudara,

Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan;

Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.

 Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna18.12.2009
Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'mengabui' dan 'mengaburi'? (kabur)Mengabui ialah 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai. Mengaburi pula ialah menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.08.2010
definasi yang lengkap tentang proses pemantauan dan penilaianBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemantauan berasal daripada kata dasar pantau yang bermaksud 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb. Oleh itu, pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Penilaian pula bermaksud perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran.Istilah30.07.2009
Apa maksud 'pemantauan"?

Saudara,

Perkataan pemantauan bermaksud  perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Maksud memantau ialah

1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati;  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.  

 

Makna22.07.2009
Adakah betul penggunaan kosa kata dibawah DJ Radio : Terima kasih kerana anda masih lagi memantau siaran kami di... - perkataan memantau adakah sesuai untuk pendengar radio? tqMemantau bermaksud memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dan sebagainya) sesuatu perkara, fenomena dan sebagainya secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dan sebagainya. Dalam ayat "Terima kasih kerana anda masih lagi memantau siaran kami di... -" kata yang paling sesuai ialah mengikuti, memantau boleh juga diterima jika pendengar yang mengikuti siaran tersebut bertujuan untuk memerhatikan dan memeriksa perkembangan, contohny seperti pelajar yang membuat kajian tentang bahasa yang digunakan oleh juruhebah tersebut. Tatabahasa18.05.2008
12

Kembali ke atas