Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.bom] | مڠبوم

Definisi : menjatuhkan bom pd sesuatu, memusnahkan dgn bom: tentera Jepun telah menawan bandar Nanking dan ~ beberapa banyak bandar lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.bom] | مڠبوم

Definisi : memusnahkan dgn bom; menjatuhkan atau melemparkan bom: Tentera Jepun telah menyerang kota Manila serta ~ beberapa bandar lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengebom


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. saya ingin bertanya tentang imbuhan menge- iaitu MENGEBOM daripada kata dasar BOM, MENGETIN ( TIN )...bagaimana pula perkataan BEG..kenapa tidak menjadi MENGEBEG...Awalan meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata yang mempunyai satu suku kata, sama ada perkataan Melayu atau kata pinjaman. Perkataan 'mengebom' dan 'mengetin' adalah betul. Walau bagaimanapun, perkataan 'mengebeg' tidak wujud dan tidak mempunyai maksud tertentu.Tatabahasa30.03.2012
SESUAIKAH PERKATAAN 'TUNTASNYA' MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' DALAM KARANGAN? WAJARKAH KITA MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KONKLUSINYA' BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' SEDANGKAN PERKATAAN TERSEBUT HANYALAH PINJAMAN SAHAJA. APA PENDAPAT TUAN?

Saudara Nor Aznim,

Perkataan tuntas bermaksud menyeluruh, sempurna, lengkap,segala-galanya. Perkataan kesimpulan bermaksud 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhan­nya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pen­dapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanak­kanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara. Oleh itu, daripada kedua-dua makna tersebut, perkataan 'tunta' tidak sesuai digunakan, manakala perkataan 'konklusi' bukan varian bagi perkataan 'kesimpulan'.   

Tatabahasa17.05.2010

Kembali ke atas