Dua orang wanita itu dipanggil untuk mengecam/mengecamkan penjenayah yang merompak mereka. mengecam dalam kamus dewan seolah-olah ada maksud yang sama? | Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Dua orang wanita itu dipanggil untuk mengecamkan penjenayah yang merompak mereka. Perkataan mengecam dalam Kamus Dewan membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 02.07.2008 |
kenapa perkataan mengecamkan dipilih dan bukan mengecam sedangkan kedua-duanya sama maksud? | Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, mengecam ialah kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya. Mengecamkan pula ialah memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dgn sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya kemudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. harap maklum. | Makna | 02.07.2008 |
Boleh saya tahu apa maksud melahar? | Perkataan melahar merupakan bahasa percakapan. Perkataan yang betul dan sesuai digunakan ialah mengecam, mengkritik (keras), membidas dan mencela. | Makna | 25.01.2021 |
Salam sejahtera. Saya mahu mengesahkan sama ada wujud atau tidak padanan dalam bahasa Melayu untuk istilah misrecognize. Jika ada, adakah istilah seperti kesalahanggapan atau kesalahtafsiran sesuai untuk perkataan ini ? Sekian, terima kasih. | Istilah misrecognize tiada dalam rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka. Berdasarkan padanan bahasa Melayu bagi istilah recognize, cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah misrecognize ialah salah/tak mengakui, salah/tak mengiktiraf, salah/tak mengenali atau salah/tak mengecam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 05.07.2023 |
SESUAIKAH PERKATAAN 'TUNTASNYA' MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' DALAM KARANGAN? WAJARKAH KITA MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KONKLUSINYA' BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' SEDANGKAN PERKATAAN TERSEBUT HANYALAH PINJAMAN SAHAJA. APA PENDAPAT TUAN? | Saudara Nor Aznim, Perkataan tuntas bermaksud menyeluruh, sempurna, lengkap,segala-galanya. Perkataan kesimpulan bermaksud 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhannya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pendapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanakkanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara. Oleh itu, daripada kedua-dua makna tersebut, perkataan 'tunta' tidak sesuai digunakan, manakala perkataan 'konklusi' bukan varian bagi perkataan 'kesimpulan'. | Tatabahasa | 17.05.2010 |