1. Ali mengecat mural pada dinding sekolah. 2. Ali mengecat mural di dinding sekolah. 3. Ali mengecat mural di dinding. Mana satu yang betul? terima kasih | Ayat yang betul ialah no. 1. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
Alat yang untuk mengecat dinding panggil apa? Bolehkah saya menggunakan perkataan ini " pengecat"? atau jawapan lain? terima kasih. | Biasanya alat untuk mengecat dipanggil 'berus cat'. 'Pengecat' ialah orang yang melakukan kerja mengecat. | Makna | 13.06.2009 |
1. adakah perkataan "mengemop"diterima? 2. Ibu bapa harus mengambil berat: ----- pelajaran anak- anak mereka. a. akan b. tentang | Saudara, Perkataan yang mempunyai satu suku kata mendapat imbuhan meN... menjadi menge... . Contoh : mengecat; mengepos; mengelap. Oleh itu, berdasarkan rumus yang sama mop menjadi mengemop. Bagi ayat kedua pula kata sendi nama yang sesuai ialah tentang. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
Assalamualikum, Perkataan 'mop' ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tetapi tiada turunan katanya. Dalam salah satu soalan untuk UPSR, perkataan 'mengemop' digunakan dalam ayat: Ali mengemop lantai itu. Bolehkah perkataan 'mengemop' digunakan secara bertulis sedangkang perkataan itu tiada dalam Kamus Dewan? | Perkataan yang mempunyai satu suku kata mendapat imbuhan meN... menjadi menge... . Contoh : mengecat; mengepos; mengelap. Oleh itu, berdasarkan rumus yang sama mop boleh menjadi mengemop. | Tatabahasa | 05.04.2011 |