Program pengindahan Sungai Klang dan Sungai Gombak anjuran Jabatan Parit dan Saliran yang diberi nama "River of Live" seolah-olah satu lagi usaha menidakkan kepentingan bahasa Melayu. Paling mengecewakan, ia turut berlaku di jabatan kerajaan. Bagaimana harus DBP bertindak? | DBP akan memantau penggunaan bahasa yang digunakan dalam paparan awam termasuklah kempen kerajaan. Pihak yang tidak mematuhi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan mengingkari garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan akan dipantau dan diberi surat teguran. DBP akan menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan kerana DBP tidak ada kuasa menghukum pihak yang melakukan kesalahan atau tidak memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaa. | Lain-lain | 11.06.2012 |
Assalamualikum, Di sini saya ingin meminta bantuan dari segi nasihat daripada pihak DPB. Saya ada anak berumur 17 tahun. Namanya Nur Ain. Anak saya ini amat berminat di dalam penulis Novel tetapi dalam bahasa Inggeris. Baru-baru ini ain telah menulis sebuah novel bahasa Inggeris bertajuk The Black Ros (Fantasy). Saya pernah cuba untuk bantuan mencari penerit tapi tidak berjaya kerana novel dalam bahasa inggeris memerlukan seorg mengedit buku tersebut. Hal ini agak mengecewakan ain. Namun ain tetap juga menulis walaupun tidak ada sokongan dari luar SEhubungan dengan itu, saya memohon jasa baik tuan agar dapat membantu saya dalam hal ini. Bagi saya bakat yang dengan ain tidak harus disia-siakan. Saya mohon sangat-sangat nasihat dan buah fikir tuan dalam perkara ini dan berharap sangat mendengar daripada tuan. sekian, terima kasih. | Syabas Nur Ain kerana menghasilkan novel pada usia 17 tahun. Idaman penulis kreatif ialah melihat karyanya diterbitkan. Bagi pihak penerbit pula mahu karya yang berpotensi membawa pulangan yang lumayan apabila berada di pasaran. Setiap manuskrip novel memang perlu dinilai dan diedit sebelum diterbitkan, tidak kira novel Melayu atau Inggeris, karya penulis baru atau sasterawan negara! Carilah penerbit yang mahu menerbitkan novel Inggeris dan ada editornya. Usaha "pernah cuba" tidak mencukupi tetapi berusahalah dengan gigih untuk mencapai impian. Pelbagai usaha boleh dilakukan. Penerbit swasta banyak, mungkin ada yang mahu. Berkenalanlah dengan sasterawan yang hebat dan berguru dengannya. Novel The Black Rose tersebut boleh dijadikan bahan awal untuk "berguru". Dalam dunia penulisan kreatif, ada situasi penulis muda yang semakin harum namanya memaklumkan "Saya anak didik sasterawan ...". Nur Ain juga boleh menerbitkan sendiri novel tersebut. Jika mampu, carilah penilai, editor karya kreatif, pereka bentuk dan pencetak. Kosnya tanggungan sendiri (ibu bapa) berdasarkan perundingan. Setelah terbit pasarkan sendiri melalui pelbagai cara; misalnya melalui kawan-kawan dan laman urus niaga dalam talian. Dapatkan maklum balas daripada pembaca. Sekiranya bagus, jadikan itu sebagai gimik untuk melariskan jualan. Untuk jaminan harta intelek/hak cipta karya dengan cara paling murah, masukkan draf asal karya dan manuskrip ke dalam sampul surat dan hantarkannya kepada diri Nur Ain sendiri melalui pos berdaftar. Simpan bungkusan/sampul berdaftar tersebut dan jangan sekali-kali dibuka sehinggalah ada isu penciplakan karya. Nur Ain juga boleh menyertai komuniti penulis muda melalui laman eSastera.com. Untuk makluman puan dan Nur Ain, fungsi utama DBP ialah mengembangkan bahasa kebangsaan melalui aktiviti bahasa, sastera dan penerbitan. Harap maklum. | Sastera | 02.05.2011 |
Assalamualaikum, Maafkan saya sekiranya soalan saya ini telah menyinggung mana2 pihak. Saya bukanlah Pakar Bahasa, tetapi saya rasa sedikit kecewa dan terkilan. Boleh tak saya dapatkan penjelasan, apakah rasionalnya kita me"Melayu"kan perkataan2 bahasa inggeris yang mana terdapat istilah Melayu yang tepat untuk maksud perkataan2 tersebut. Antara perkataan2 yang dikenalpasti dan digunakan secara meluas adalah : -diskusi (discussion) -dekorasi (decoration) -kolaborasi (collaboration) -dedikasi (dedicate) Yang amat mengecewakan saya adalah perkataan "KOREKSIONAL", yang telah digunapakai dalam akhbar arus perdana. Menurut petikan akhbar tersebut, ia bermaksud "pembetulan" yang diambil dari perkataan "correctional" merujuk kepada pengurusan Penjara. harap maklum. | Dalam proses memperbanyak dan memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu, kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing khususnya daripada bahasa Inggeris diamalkan dengan pengubahsuaian ejaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Bagi perkataan koreksional pula, pihak kami telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan supaya tindakan pembetulan dibuat. | Istilah | 30.04.2010 |