| Salam, saya sedang mengedit jawapan untuk karangan autobiografi 'Aku sebuah tandas awam'. Saya ingin bertanya, penggunaan penyambungan 'ku' di belakang perkataan yang macam mana yang dikatakan betul dan sesuai? 1. membelek-belek tubuhku @ membelek-belek tubuh aku 2. tukang cuci itu mencuciku @ tukang cuci itu mencuci aku 3. badanku diperbuat daripada batu @ badan aku diperbuat daripada batu dan seumpamanya.. Sekian, terima kasih. | Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi ayat yang dinyatakan, kesemuannya tepat penggunaan sama ada aku mahupun ku. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
| Assalamualaikum Tuan, Minta jasa baik untuk mengedit bahasa Melayu seperti di bawah ini , terima kasih: Saya Hasbi dari syarikat HBY, adalah regional partner Malaysia dari RZ Products Germany Kami ingin memperkenalkan produk keselamatan untuk melindungi Data Center room , NATO standard kami ingin meminta jasa baik tuan untuk mendapat satu tarikh temu janji untuk kami berikan sedikit maklumat tentang produk tersebut. Sila Tuan rujuk attachment file sedikit maklumatnya Jika ada sebarang pertanyaan sila tuan hubungi saya : Hasbi - 014 228 3352 Terima kasih Wassalam HBY Cakradonya | Saya Hasbi dari syarikat HBY, ialah rakan kongsi wilayah (regional Partner) Malaysia dari RZ Products Germany. Kami ingin memperkenalkan produk keselamatan untuk melindungi Data Center room , NATO yang standard. Kami ingin meminta jasa baik tuan mengatur temu janji untuk kami memberikan maklumat tentang produk tersebut. Sila rujuk fail yang dilampirkan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 014 228 3352. Terima kasih. Wassalam. Pembetulan ini berdasarkan kefahaman kami tentang teks yang disertakan. | Tatabahasa | 03.12.2014 |
| saya memerlukan pakar bahasa Melayu untuk mengedit tesis. bagaimanakah boleh saya dapatkan perkhidmatan ini? siapakah saya perlu hubungi? TK | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menangani khidmat penyuntingan dokumen. Sila berhubung dengan Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 atau e-mel terjemah1@gmail.com dan berbincang tentang kadar bayaran yang dikenakan. | Lain-lain | 05.10.2011 |
| Assalamualaikum Tuan, Mint jasa baik tuan untuk mengedit ayat dibawah ini supaya susunan ayat betul: Salam Sejahtera, Tuan/Puan, Kami dari syarikat HBY Cakradonya , amat berbesar hati ingin mencadangkan kepada pihak tuan cara melindungi Data Center dan Data-data yang sangat kritikal dari ancaman EMP serta lain-lain perlindungan seperti yang terdapat dalam kertas cadangan yang dilampirkan di dalam attachment file , sila rujuk dalam file tersebut. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mengaturkan satu temu janji bagi kami memperjelaskan dengan lebih detail tentang cadangan ini Jika memerlukan sebarang maklumat tambahan sila tuan/ puan hubungi kami di talian untuk tarikh temujanji : 60 14 228 3352 atau e-mail : hasbi@hby-cakradonya.com Sekian , Terima kasih | Waalaikumsalam. Ayat yang telah diedit ialah: Salam Sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan. Kami dari Syarikat HBY Cakradonya , amat berbesar hati ingin mencadangkan kepada pihak tuan-tuan dan puan-puan cara-cara untuk melindungi pusat data dan data-data lain yang sangat kritikal dari ancaman EMP. Kami juga menyediakan perlindungan lain seperti yang terdapat dalam kertas cadangan dalam fail lampiran. Ssila rujuk dalam lampiran fail tersebut. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat mengadakan satu janji temu dengan kami supaya kami dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang cadangan ini. Jika memerlukan sebarang maklumat tambahan, sila hubungi kami di talian 60 14 228 3352 atau e-mel hasbi@hby-cakradonya.com untuk tarikh janji temu. Sekian , terima kasih. | Tatabahasa | 17.05.2015 |
| Saudara, Saya ingin mengetahui berkenaan bidang tugas atau tanggungjawab sebagai seorang editor dalam mengedit sesebuah penerbitan. Apakah jenis-jenis editor yang ada di DBP Cawangan Sarawak dan bagaimana membuat editing. | Saudara, Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, no. telefon 082-444711 atau e-mel apam@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.10.2010 |
| 1. Apakah Langkah-Langkah dalam proses editorial. 2. Apakah kriteria atau persoalan yang difikirkan ketika saya membuat semakan kandungan dan format sesuatu manuskrip. | Langkah-langkah umum dalam proses editorial ialah mengedit manuskrip sehingga bersih, membuat penyemakan pruf dan seterusnya dihantar ke bahagian percetakan sehingga manuskrip terbit. 2. Sewaktu menyemak manuskrip, kriteria yang perlu disemak ialah tatabahasa, ejaan, gaya bahasa dan sebagainya.Untuk keterangan terperinci, mohon mendapatkan maklumat lanjut melalui Jabatan Penerbitan. | Lain-lain | 21.06.2014 |
| penggunaan mana yang lebih tepat " sidang ridaksi"sidang editor" | Menurut Kamus Pelajar, redaksi ialah seluruh pengarang sesuatu majalah, surat khabar dll; sidang pengarang. Manakala editor ialah orang yang mengedit atau menyunting sesuatu karangan; pengedit. Daripada takrifan tersebut, kedua-dua istilah adalah tepat dan hendaklah bersesuaian dengan maksud yang hendak dinyatakan. | Tatabahasa | 09.12.2013 |
| Assalamualaikum Tuan Says minta jasa Tuan untuk edit dan semak kaliamat di bawah ini: 1. Penghargaan & Terima kasih Kepada warga IPB Sempena majlis Konvokesyen ke 10 2. Penghargaan & Terima kasih Kepada warna IPB atas kejayaan majlis konvokesyen ke 10 Kami minta jasa bail Tuan until mengedit kalimat tersebut supaya menjadi kalimat yang betul Dan indah. Terima kasih Wasslam Hasbi | Rakaman pernghargaan dan terima kasih kepada warga IPB bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-10.
| Tatabahasa | 19.08.2014 |
| Salam Tuan/Puan, terdapat percanggahan pendapat berkenaan penggunaan perkataan "selamat" dan "terjamin". Pada pendapat saya, "selamat" adalah lebih tepat berbanding "terjamin" memandangkan definisi perkataan menurut konteks. "Terjamin" lebih sesuai untuk "secure". Mohon khidmat nasihat pihak DBP. Source: You can send announcements, manage groups, edit community infomation and use admin tools to help keep this community safe. Terjemahan: Anda boleh menghantar pengumuman, mengendalikan grup, mengedit maklumat komuniti dan menggunakan alatan pentadbir untuk membantu dalam memastikan komuniti ini selamat. Terjemahan pembetulan: Anda boleh menghantar pengumuman, mengendalikan grup, mengedit maklumat komuniti dan menggunakan alatan pentadbir untuk membantu dalam memastikan komuniti ini terjamin. Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan selamat bermaksud terpelihara daripada bahaya, ancaman, bencana dan sebagainya, manakala perkataan terjamin bermaksud dapat dipastikan keselamatan, keuntungan dan lain-lain. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kedua-dua terjemahan yang sesuai bagi perkataan safe iaitu selamat dan terjamin boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2022 |
| Assalamualikum, Di sini saya ingin meminta bantuan dari segi nasihat daripada pihak DPB. Saya ada anak berumur 17 tahun. Namanya Nur Ain. Anak saya ini amat berminat di dalam penulis Novel tetapi dalam bahasa Inggeris. Baru-baru ini ain telah menulis sebuah novel bahasa Inggeris bertajuk The Black Ros (Fantasy). Saya pernah cuba untuk bantuan mencari penerit tapi tidak berjaya kerana novel dalam bahasa inggeris memerlukan seorg mengedit buku tersebut. Hal ini agak mengecewakan ain. Namun ain tetap juga menulis walaupun tidak ada sokongan dari luar SEhubungan dengan itu, saya memohon jasa baik tuan agar dapat membantu saya dalam hal ini. Bagi saya bakat yang dengan ain tidak harus disia-siakan. Saya mohon sangat-sangat nasihat dan buah fikir tuan dalam perkara ini dan berharap sangat mendengar daripada tuan. sekian, terima kasih. | Syabas Nur Ain kerana menghasilkan novel pada usia 17 tahun. Idaman penulis kreatif ialah melihat karyanya diterbitkan. Bagi pihak penerbit pula mahu karya yang berpotensi membawa pulangan yang lumayan apabila berada di pasaran. Setiap manuskrip novel memang perlu dinilai dan diedit sebelum diterbitkan, tidak kira novel Melayu atau Inggeris, karya penulis baru atau sasterawan negara! Carilah penerbit yang mahu menerbitkan novel Inggeris dan ada editornya. Usaha "pernah cuba" tidak mencukupi tetapi berusahalah dengan gigih untuk mencapai impian. Pelbagai usaha boleh dilakukan. Penerbit swasta banyak, mungkin ada yang mahu. Berkenalanlah dengan sasterawan yang hebat dan berguru dengannya. Novel The Black Rose tersebut boleh dijadikan bahan awal untuk "berguru". Dalam dunia penulisan kreatif, ada situasi penulis muda yang semakin harum namanya memaklumkan "Saya anak didik sasterawan ...". Nur Ain juga boleh menerbitkan sendiri novel tersebut. Jika mampu, carilah penilai, editor karya kreatif, pereka bentuk dan pencetak. Kosnya tanggungan sendiri (ibu bapa) berdasarkan perundingan. Setelah terbit pasarkan sendiri melalui pelbagai cara; misalnya melalui kawan-kawan dan laman urus niaga dalam talian. Dapatkan maklum balas daripada pembaca. Sekiranya bagus, jadikan itu sebagai gimik untuk melariskan jualan. Untuk jaminan harta intelek/hak cipta karya dengan cara paling murah, masukkan draf asal karya dan manuskrip ke dalam sampul surat dan hantarkannya kepada diri Nur Ain sendiri melalui pos berdaftar. Simpan bungkusan/sampul berdaftar tersebut dan jangan sekali-kali dibuka sehinggalah ada isu penciplakan karya. Nur Ain juga boleh menyertai komuniti penulis muda melalui laman eSastera.com. Untuk makluman puan dan Nur Ain, fungsi utama DBP ialah mengembangkan bahasa kebangsaan melalui aktiviti bahasa, sastera dan penerbitan. Harap maklum. | Sastera | 02.05.2011 |