Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.jék] | مڠيجيق

Definisi : 1. menaikkan atau mengangkat benda yg berat (spt kereta dll) dgn jek, men­dongkerak, mengumpil: dia sedang ~ kereta­nya; 2. ki mengampu, membodek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.jék] | مڠيجيق

Definisi : mempersendakan (mempermainkan, mentertawakan) orang (dgn mengajuk, mengeluarkan kata-kata yg memarahkan dll), memperolok-olokkan, mencemuh, menghina, menyindir: engkau yg ~ dia tadi, sebab itulah ditempelengnya engkau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.jék] | مڠيجيق

Definisi : mempermainkan atau mempersendakan orang dgn tingkah laku atau dgn kata-kata yg dpt menimbulkan kemarahan; memperolok-olokkan utk menghina: Kerana engkau yg ~ dia tadi, maka engkau ditempelengnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jek (kata nama)
Bersinonim dengan bicu, dongkerak, pengumpil;,
Kata Terbitan : mengejek,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Apakah perbezaan antara "sindir" dan "perli"? Boleh tolong berikan contoh perbuatan yang menggambarkan setiap istilah? Terima kasih.Waalaikumussalam.  Sindir dan peril membawa maksud yang sama.  Sila lihat dalam Kamud Dewan Edisi Keempat atau Kamus Pelajar.

Perli :  Ucapan yg dikeluarkan utk mengejek atau utk menyindir; sindiran; ejekan. memerli mengucapkan kata-kata yg menyindir atau yg mengejek: Jangan suka ~ orang.

Perli:  Sindiran perkataan yg di­ucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. menyindir mengatakan sesuatu (utk mengejek atau utk mencela) dgn cara tidak terus terang; menggiat: Ketika bersama-sama di dlm bas, dia selalu ~ saya.
Makna20.03.2014
maksud menyeringaiMaksudnya menggerenyotkan bibir atau mulut untuk mencebik, mengeji, mengejek, dan lain-lain.Makna19.11.2008
Adakah perkataan menyeringai sama maksud dengan perkataan mencebik? atau perkataan menyeringai ini lebih kepada mimik muka yang mengekpresikan kemarahan terhadap seseorang?
Menurut data kami, perkataan menyeringai bermaksud menggerenyotkan bibir atau mulut (untuk mencebik, mengeji, mengejek, dan lain-lain): gadis itu cuma tersenyum ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Manakala mencebik merujuk kepada perbuatan menyorongkan bibir bawah ke depan untuk mencemuh atau mengejek; menjebik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Sehubungan dengan itu kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud hampir sama.
Makna17.12.2019
sayan ingin mengetahui perbezaan penggunaan Si dan Sang dalam bahasa melayu. T.K.Si dan sang ialah kata sandang yang terletak di depan kata-kata tertentu yang digunakan sebagai nama timangan, untuk mengejek, untuk menghormati dan lain-lain, dan kedua-duanya boleh digunakan untuk manusia dan binatang.Tatabahasa11.07.2010
apakah perbezaan antara tema dan maksud dalam sesebuah seloka ?Tuan,

Untuk makluman, seloka bermaksud puisi yang berisi ajaran (sindiran, jenaka dll). Tema dalam seloka ialah subjek yang menjadi dasar/pokok sesuatu pembicaraan dalam seloka. Manakala, maksud  dalam seloka pula ialah tujuan sesebuah seloka itu dicipta, sama ada mengejek, menyindir secara serius atau berjenaka, mengkritik tingkah laku, sikap atau sifat negatif dan sebagainya.
Sastera22.04.2019
Wajarkah perkataan 'sang' digunakan pada Nabi, Sultan atau Raja. Adakah perkataan 'sang' memang boleh digunakan pada manusia tanpa mengira kedudukan atau darjat?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya.  Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain.
Sang biasanya digunakan dalam penceritaan sastera kreatif yang menunjukkan keakraban. Sang tidak wajar digunakan kepada Nabi, Sultan atau Raja dan manusia tanpa mengira kedudukan atau darjat dalam urusan seharian.
Tatabahasa01.08.2012
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Satira" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1972) kata satira bermaksud seperti yang berikut:

satira kata nama
1 karya seperti novel, filem dan drama yang menggunakan unsur jenaka untuk menyindir, mengejek, mempersendakan dan sebagainya kelemahan atau kesilapan seseorang atau sesuatu.
Contoh penggunaan: Satira ini mengisahkan kebusukan sikap pemimpin yang mengamalkan rasuah dan kronisme.

2 sindiran, ejekan, sendaan dan sebagainya berbentuk jenaka untuk menyatakan kelemahan atau kesilapan seseorang atau sesuatu.
Contoh penggunaan: Jenaka menjadi wadah untuk menyalurkan satira dan kritikan di samping menjadi bahan hiburan.

Terdapat dua maksud satira yang diberikan bergantung kepada konteks penggunaan kata tersebut. Untuk maklumat lanjut khususnya tentang kata terbitan dan makna kata ini, sila semak kamus terkini terbitan DBP.
Makna15.01.2024
Assalamualaikum. Kenapa "sangkakala" tidak ditulis sebagai "sang kakala", iaitu sepertimana kita tulis "sang kancil"? Terima kasih.Sangkakala merupakan satu perkataan , iaitu sejenis serunai daripada kulit kerang.  

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya.  Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain.
Sang biasanya digunakan dalam penceritaan sastera kreatif yang menunjukkan keakraban.
Tatabahasa02.10.2013
KGND I 'aku' lazimnya digunakan kepada rakan. KGND I itu agak kasar tetapi bersifat mesra. Kenapakah 'aku' digunakan untuk Tuhan? Apakah hujahnya? Tolong jelaskan penggunaan kata 'sang' dan 'si' dengan terperinci?Aku, kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dalam perhubungan yang akrab antara sesama kawan dan begitu juga antara manusia dengan tuhan. Oleh itu, aku sebagai laras bahasa yang sering digunakan dalam doa untuk merujuk keakraban antara manusia dengan pencipta-Nya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain, seperti: Sang Arjuna; dan Sang kancil. Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad.Tatabahasa11.11.2010
Boleh terangkan secara ringkas,perbezaan dan persamaan antara 'pantun', 'sajak', 'puisi', 'syair', 'gurindam' dan 'seloka'?

Secara ringkas persamaan pantun, syair, seloka dan gurindam adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

 

 

Lain-lain18.05.2010
12

Kembali ke atas