Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.jut.kan] | مڠجوتکن

Definisi : 1. = mengejuti menyedar­kan dr tidur (khayalan, menungan, dll), mem­bangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairan­kan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberang­sangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam;; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.jut.kan] | مڠجوتکن

Definisi : 1 menyedarkan orang drpd tidurnya dll; membangkitkan: Subuh-subuh lagi dia telah ~ kesemua anaknya. 2 menyebabkan terperanjat; memeranjatkan; menghairankan: Kedatangan isteri mudanya itu telah ~ para jemputan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada keesokan pagi, deringan telefon daripada bahagian sumber manusia MAIN mengejutkan saya dariPertanyaan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula setelah melengkapkan pertanyaan saudara.Tatabahasa14.09.2011
Adakah konteks penggunaan 'mengernyitkan' dalam ayat berikut betul? "Bentakan itu mengernyitkan otot-otot kesedarannya."Perkataan kernyit membawa maksud berkerut dahi atau alis (sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat hlm. 764). Dalam konteks ayat contoh yang puan berikan itu, iaitu perkataan mengernyitkan, seharusnya ia bermaksud mengerutkan dahi atau alis tetapi apabila ia dikatakan "Bentakan itu mengernyitkan otot-otot kesedarannya", penggunaan perkataan itu sudah tidak menepati makna asalnya. Dalam ayat tersebut, perkataan mengejutkan mungkin lebih sesuai digunakan.Lain-lain03.08.2012

Kembali ke atas