Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngéks.pot] | مڠيکسڤورت

Definisi : mengirimkan barang-barang dll ke luar negeri: dr pelabuhan ini mudah pula ~ barang-barang itu ke pasaran luar; semua negara yg moden mesti mengimport dan ~ barang-barang dagangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngéks.pot] | مڠيکسڤورت

Definisi : mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: Malaysia ~ sebahagian besar getahnya ke negara-negara Barat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengeksport


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengimport dan mengeksport ikan koiKedai Mengimport dan Mengeksport Ikan KoiTatabahasa03.12.2008
1. Ali juga makan nasi itu. 2. Setiap individu juga perlu mengamalkan pengambilan makanan yang mengikut piramid makanan. 3. Usaha untuk mengeksport karya muzik kita ke luar negara juga perlu dilakukan. Bolehkah saya tanya, manakah bahagian subjek, manakah predikat yang terdapat dalam ketiga-tiga ayat ini? Sila beri jelasan, terima kasih.

Bahagian subjek dan predikat bagi contoh ayat di bawah adalah seperti yang berikut:

1. Ali (subjek) / juga makan nasi itu./(pradikat)

2.Setiap individu (subjek)/ juga perlu mengamalkan pengambilan makanan yang mengikut piramid makanan./ (pradikat)

3.Usaha untuk mengeksport karya muzik kita (subjek)/ ke luar negara juga perlu dilakukan./(pradikat)

Tatabahasa21.02.2022
food imported and exported and distributed translate kepada bahasa malaysia untuk kegunaan iklan Terima kasihMohon berikan susunan yang betul dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, kami mencadangkan bahasa Melayu ialah  “mengimport, mengeksport dan mengedarkan makanan”.Penyemakan dan penterjemahan22.03.2018

Kembali ke atas