Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.lé.cé/] | مڠليچيق

Definisi : (dlm per­mainan bola sepak, hoki dsb) membawa bola dgn kaki, kayu pemukul dsb dgn pergerakan yg cepat dan tangkas serta mengelirukan supaya tidak dapat dirampas pihak lawan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.lé.cé/] | مڠليچيق

Definisi : membawa bola dgn kaki, dgn kayu pemukul dsb supaya tidak dpt direbut oleh pihak lawan (dlm permainan bola sepak, hoki dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengelecek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam tuan. keliru dgn istilah 'menggelecek' atau 'mengelecek'. yg mana yg betul ejaannya. semak kamus, kedua-duanya ada makna dan hampir sama. kata dasarnya gelecek atau kelecek? terima kasih.

Encik Syamsuri,

Kedu-dua perkataan mengelecek(kelecek) dan menggelecek(gelecek) ada dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada makna yang hendak disampaikan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan kelecek  bermaksud : 

 (kelécék); mengelecek (dlm permainan bola sepak, hoki dsb) membawa bola dgn kaki, kayu pemukul dsb dgn pergerakan yg cepat dan tangkas serta mengelirukan supaya tidak dapat dirampas pihak lawan.

 Makna perkataan gelecek ialah :

  • (gelécék); gelecak (gelécak); menggelecek menggelangsar, menggelincir;
  • tergelecek

    tergelangsar, tergelincir: masa kawan ~ dlm sungai, kawan rasa beban di belakang badan kawan jatuh ke dlm sungai.

 

 

 

Makna02.02.2010
Adakah isitlah gelecek dalam sukan hanya digunakan dalam sukan bola sepak ataupun boleh juga digunakan dalam bola keranjang?Istilah yang tepat ialah kelecek; mengelecek (dribbling) dan boleh digunakan dalam sukan bola keranjang.Makna27.05.2025

Kembali ke atas