Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.li.li.ngi] | مڠليليڠي

Definisi : 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.li.li.ngi] | مڠليليڠي

Definisi : 1 berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2 menjelajahi: ~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan yang berikut berdasarkan 'pernyataan' di bawah. 'Anda berpeluang mengelilingi sebuah pulau bersama-sama keluarga pada cuti persekolahan.' Bentuk muka bumi pantai yang dapat anda lihat ialah .... Soalan saya: Setahu saya perkataan 'pernyataan' di sini adalah betul tetapi kalau dilihat kertas soalan STPM (Majlis Peperiksaan M'sia) menggunakan perkataan 'penyataan' tanpa 'r'. Boleh beri confirmation tentang hal ini. Terima kasihPernyataan bermakna pengumuman, pemberitahuan atau pemakluman; manakala penyataan pula bermakna perbuatan menyatakan (melahirkan, dll). Dalam contoh ayat yang diberikan, penggunaan yang sesuai ialah pernyataan.Makna12.03.2008
Tuan, Ayat dalam petikan. Keistimewaan pulau ini ialah terumbu karang yang terbesar di Asia yang mampu menggamit pengunjung dengan batu karangnya yang tumbuh mengelilingi pulau ini serta kawasan pantai yang cantik. Soalannya: Perkataan menggamit dalam petikan bermaksud ? A. memanggil B. memerhati C. menarik D. mencuit Yang manakah jawapannya?Menggamit sama maksudnya dengan mencuit, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menggamit.Tatabahasa26.06.2012
Tuan, bulan hanya satu, kenapa dia bukan kata nama khas ? sekian, terima kasih! LimBulan mempunyai banyak makna yang menyebabkan ia bukan dalam golongan kata nama khas. Bulan bukan sahaja satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pada waktu malam oleh cahaya yang dibalikkan dari matahari tetapi mempunyai banyak makna yang lain.
Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bulan untuk makna bulan yang lain.
Tatabahasa13.01.2013
ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Tatabahasa30.07.2008
Bagaimana hendak bezakan perkataan berikut dalam ayat? 1. memagar 2. memagarkan 3. memagari

1.  memagar bermaksud membuat pagar di; mendirikan pagar.  Contoh  ayat: Dia memagar kawasan rumahnya.

2. memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar; memasang sesuatu sebagai pagar. Contoh ayat: Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya.

3. memagari bermaksud menjadi (seperti) pagar pada; mengelilingi sesuatu seperti pagar. contoh ayat: Pokok-pokok puding memagari kawasan rumahnya. 

Tatabahasa21.09.2011
Apakah masalah dari sedi penggunaan kata dalam ayat-ayat ini: 1. Setiap kelas diminta membina SUDUT bacaan masing-masing. 2. Dia tidak dapat menerima SUDUT pandangannya yang agak keterlaluan itu. Terima KasihSUDUT (KAMUS DEWAN EDISI EMPAT)
1.
penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi;.


Kedua-dua penggunaan perkataan 'sudut' adalah tepat.
Tatabahasa15.10.2012
Adakah betul dan gramatis ayat- ayat berikut ? 1. Dia memagari perkarangan rumahnya. 2. Pohon -pohon buluh memagari kawasan rumahnya. 3. Dia memagarkan pohon- pohon buluh di kawasan rumahnya.

Berdasarkan soalan, Ayat 2 dan 3 betul. 
 Berikut definisi dan contoh ayat agar lebih memahami penggunaan perkataan tersebut.

1.  memagar bermaksud membuat pagar di; mendirikan pagar.  Contoh  ayat: Dia memagar kawasan rumahnya.

2. memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar; memasang sesuatu sebagai pagar. Contoh ayat: Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya.

3. memagari bermaksud menjadi (seperti) pagar pada; mengelilingi sesuatu seperti pagar. contoh ayat: Pokok-pokok puding memagari kawasan rumahnya. 

Tatabahasa12.12.2012

Kembali ke atas