Agak mengelirukan penggunaan 2 perkataan berasingan yang memberikan satu maksud. Contohnya, 'reka bentuk' vs 'rekabentuk' (design). Kenapa tidak wujudkan 2 perkataan sedia ada untuk digabungkan membawa 1 maksud baharu? Contoh, 'matahari' vs 'mata hari'. Bukankah lebih senang untuk ingat dan guna. | Saya kurang jelas dengan pertanyaan tuan. Untuk makluman, ejaan yang betul ialah reka bentuk, bukan rekabentuk. Sekiranya "rekabentuk" ini ditemukan dalam mana-mana teks atau data, itu ialah ejaan yang tidak tepat. | Ejaan | 23.05.2021 |
salam sejahtera. adakah papan iklan "Sains Trade"sesusi , mengelirukan atau perlu diganti dengan perkataan lain? | Terjemahan trade dalam bahasa Melayu ialah niaga, dagang atau perdagangan. Frasa Sains Trade adalah mengelirukan dan berbentuk bahasa rojak. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah Sains Perdagangan bukan Sains Trade. | Istilah | 31.01.2011 |
tuan/puan, terdapat kekeliruan bagi penggunaan "sekali ganda" dan "dua kali ganda". Saya telah meneliti bahagian khidmat nasihat, jawapan yang diberikan juga mengelirukan. Saya sertakan contoh jawapan khidmat nasihat yang mengelirukan seperti maksud sekali ganda dan maksud double. Soalan saya, jika kenaikan harga RM25 ke RM250, adakah kenaikan 10 kali ganda? atau 9 kali ganda (menitik beratkan penggunaan "sekali ganda") | Dalam Kamus Dewan, sekali ganda bermaksud satu kali lebih banyak daripada yang asal (misalnya empat menjadi lapan); dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, double bermaksud sekali ganda; dua kali; dan dua sukatan. Berdasarkan maklumat yang berkenaan sekali ganda dan dua kali ganda membawa maksud yang sama, namun maksud dua kali ganda lebih mudah difahami. Hal ini amat jelas berdasarkan makna dan contoh yang diberikan "dua sukatan" dan "empat menjadi lapan". Oleh itu, daripada RM25 kepada RM250 menunjukkan kenaikan 10 kali ganda. | Makna | 02.06.2022 |
Boleh terangkan rumus tatabahasa 'peruntukan'? Kalau ditambah 'di' menjadi 'diperuntukan' atau 'diperuntukkan' amat mengelirukan kerana khidmat nasihat dbp mempunyai kedua-dua jawapan. saya mohon bahagian khidmat nasihat selalu kemas kini jawapan-jawapan terdahulu yang salah untuk dibuang daripada sistem supaya tidak mengelirukan pengguna. Terima Kasih.... | Memperuntukkan ialah kata terbitan daripada kata dasar peruntukan. Peruntukan menerima apitan di-...-kan menerbitkan kata diperuntukkan, bukannya apitan di-...an yang memungkinkan kata terbitan diperuntukan. Mohon maaf atas kekeliruan maklumat yang kami berikan. | Tatabahasa | 16.07.2020 |
Ayat yang ditulis oleh DBP:- Ayat yang betul ialah "Tertakluk pada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024" Soalan saya: kenapa guna perkataan pada bukan kepada? tertakluk pada paeruntukan ATAU tertakluk kepada peruntukan (mengelirukan) Mohon jasa baik DBP untuk menjelaskan dengan jelas supaya BM dapat digunakan dengan berkesan tanpa mengelirukan. | Untuk makluman tuan, frasa yang betul ialah "tertakluk pada" kerana kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan maksud sandaran, seperti "tertakluk pada" . Dalam hal ini "peruntukan" menjadi sandaran bagi "tertakluk", justeru frasa yang betul ialah "tertakluk pada peruntukan". | Tatabahasa | 06.11.2023 |
Hi, saya sentiasa mengelirukan penggunaan imbuhan. Bila nak guna akhiran kan, i dan bila guna memper...kan atau tidak ada kan. Bila tidak perlu guna imbuhan? Terima Kasih. | 1) Imbuhan akhiran –kan merupakan akhiran yang membentuk kata kerja dalam bahasa Melayu. Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran –kan untuk membentuk kata kerja. Contohnya, i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran –kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Contohnya: berbantalkan, dipertingkatkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183-186. 2) Imbuhan akhiran –i membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran –i, iaitu: (i) memberi pengertian kausatif atau menyebabkan sesuatu jadi: baik – baiki (menyebabkan sesuatu jadi baik), sudah - sudahi. (ii) memberi pengertian lokatif, iaitu menyatakan unsur tempat: turuni lurah – turun ke lurah. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 186-190. 3) Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. 4) Walau bagaimanapun apitan memper-...-kan tidak boleh bergabung dengan kata adjektif, sebaliknya awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya: besar – memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar) dan indah – memperindah (menjadikan bertambah indah).Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 208-211. | Tatabahasa | 08.06.2024 |
Hi, saya selalu mengelirukan terhadap subjek semasa menulis ringkasan. Contohnya, jika subjek yang pertama saya tulis "pelajar yang menguruskan masa dengan baik dapat...", untuk subjek seterusnya boleh saya tulis "pelajar tersebut" atau "pelajar". Boleh saya tulis "kita" juga? | Untuk ayat yang berikutnya, perkataan “pelajar tersebut” boleh digunakan dan penggunaan perkataan tersebut bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Tatabahasa | 15.05.2024 |
Pindaan/komen yang diberikan amat mengelirukan. Pada penghantaran permohonan dengan no. pendaftaran 23745/2017, pindaan / komen menyatakan bahawa terjemahan perkataan bahasa melayu daripada bahasa inggeris ialah 'Mengilatkan' daripada perkataan 'Polish'. Tetapi setelah menghantar permohonan sekali lagi dengan pindaan tersebut (sila rujuk pada no. pendaftaran 25046/2017), permohonan tidak lulus dan pindaan yang berikan ialah 'Menggilap' untuk perkataan bahasa inggeris 'Polish'. Saya berharap pindaan yang diberikan pada kali ini adalah betul. Terima kasih | Terjemahan yang betul untuk polish ialah ‘menggilap’. Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. | | Istilah | 28.04.2017 |
minta maaf, saya mengemukakan soalan mengelirukan. Sebenarnya soalan saya ialah: Yang manakah ayat berikut betul : 1) Lauk pauk yang disediakan oleh ibu sedap belaka. 2) Lauk pauk yang disediakan oleh ibu sedap-sedap belaka | Ayat yang betul ialah Lauk-pauk itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. | Tatabahasa | 24.08.2014 |
Salam 1Malaysia. Persoalan yang sering mengelirukan pengguna bahasa adalah tentang penggunaan kata penguat. (i) Bolehkah kata penguat bebas dan kata penguat bebas , misalnya amat sangat, boleh hadir secara berderetan? Hal ini saya katakan demikian kerana munsyi dewan memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan sedemikian memang memeningkan kepala pengguna bahasa seperti saya. (ii) Adakah binaan teramat sangat betul? Dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 dan Kamus Pelajar Edisi Ke-2 frasa teramat sangat memang wujud, sementelahan kemusyikilan ini tidak wujud dalam rekod soal jawab. Besarlah harapan saya bahawa kemusyikilan ini dapat dileraikan. Sekian, terima kasih. KAY SEVEN | Kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat baik dan teramat cantik. | Tatabahasa | 28.07.2011 |