Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.lo.la] | مڠلولا

Definisi : mengarah dan mengawal (supaya sempurna perjalanan sesuatu, spt perusahaan, pejabat, dll), mengurus, menyelenggara: pegawai-pegawai yg mengikuti kursus itu diajar cara-cara merancang, ~ dll supaya mereka menjadi pengurus yg cekap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.lo.la] | مڠلولا

Definisi : merancang dan mengawal supaya sempurna dan berjalan lancar (bkn pertubuhan, perusahaan dll): Ketua-ketua yg tidak cekap ~ akan menemui kegagalam dlm menjalankan tugasnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelola (kata kerja)
Bersinonim dengan kemudi, kendali, selia, selenggara, tadbir, urus, pimpin, arah atur;,
Kata Terbitan : mengelola, mengelolakan, kelolaan, pengelolaan, pengelola,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
daripada zaihana. 1) ape maksud mentadbir sesuatu organisasi 2)Mentadbir ialah urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas menguruskan sesuatu, pemerintahan. Organisasi pula ialah kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan.Makna23.11.2009
Saya bersungguh-sungguh mengharap pihak DBP mempergiatkan usaha mempopularkan bahasa Melayu di media sosial. Saya sarankan, dan saya harap saran ini diambil serius, berikan munsyi-munsyi DBP mengelola akaun media sosial khususnya Twitter untuk mengajar rakyat bahasa Melayu yang baik dan benar, sesuai dengan penggunaan media sosial dan menegur ahil politik yang kian lama makin tidak endahkan bahasa Melayu. Wujudkan tentera maya bagi mempromosi bahasa baik dan benar. Terima kasih atas keprihatinan dan cadangan/saranan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu. Cadangan pihak tuan akan kami panjangkan kepada pihak atasan kami.Lain-lain04.02.2019
Assalamualaikum, Saya ingin berikan cadangan supaya DBP lebih giat berinteraksi bersama penutur bahasa Melayu dan rakyat Malaysia secara umumnya melalui media sosial, khususnya Twitter. Jadikan akaun rasmi DBP di Twitter sebagai akaun hidup yang mampu menarik anak muda supaya cinta akan bahasa ibunda. Saya ingin berikan contoh akaun Twitter Merriam-Webster yang digemari ramai kerana berkongsi hasil pencarian popular harian yang mencerminkan keadaan perkembengan sosial di Amerika. Jika DBP mampu mengelola akaun Twitter sama seperti Merriam-Webster, mungkin ramai akan lebih cakna terhadap bahasa Melayu dan kepentingan serta kehebatannya. Saya lihat, akaun rasmi DBP hanya memuatnaik keratan akhbar sahaja. Minta cadangan saya dipanjangkan ke pihak yanh berwibawa.Kami ambil maklum cadangan yang dikemukakan dan dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan sewajarnya.Lain-lain28.08.2017
Dipohon atau dimohon? Manafaat atau manfaat? Selenggara atau senggara? Penyenggaraan atau penyelenggaraan?1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin, manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon. 2. Ejaan yang betul bagi kata tersebut ialah 'manfaat' bukan 'manafaat'. 3. Penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya boleh digunakan yang bermaksud mengurus, memelihara, melaksana, mengelola dll.Makna25.07.2012
Assalamualaikum, Saya mahu bertanya, 1) Apakah beza antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? 2) Apakah beza antara timbalan dan naib? 3) Apakah beza antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? 4) Apakah beza antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? 5) Apakah beza antara lajnah dan unit? 6) Apakah beza antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

1) Apakah perbezaaan antara presiden, pengerusi dan yang dipertua?

Presiden - Merupakan ketua negara dalam sesebuah negara republik dan gelaran untuk ketua negara republik atau orang yang menjadi ketua sesuatu persatuan, pertubuhan dan lain-lain.

dipertua  -  orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dan lain-lain)

pengerusi  -  ketua dalam mesyuarat dan lain-lain. atau pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dan lain-lain.

2) Apakah perbezaaan  antara timbalan dan naib? 
timbalan -  ialah penolong ketua dan lain-lain
naib   -  ialah pengganti atau wakil

3) Apakah perbezaaan antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat?

setiausaha  - Seseorang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya). Melaksanakan kerja untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan.

setiausaha kehormat - setiausaha yang menjalankan tugas atau yang berkhidmat secara sukarela yang tidak  diberi gaji atau upah.

4) Apakah perbezaaan  antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat?

bendahari - pegawai yang menguruskan harta benda kerajaan atau menguruskan wang persatuan dan lain-lain.

bendahari kehormat -  pegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar

5) Apakah perbezaaan  antara lajnah dan unit?

lajnah  -  sebuah badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu per­tubuh­an dan lain-lain, jawatankuasa kerja.

unit -  bahagian terkecil daripada sesuatu yang dapat berdiri sendiri.

6) Apakah perbezaaan  antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

ahli jawatankuasa - orang yang dipilih untuk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dan sebagainya)

majlis eksekutif - sebuah Badan tetap UPU yang ditugaskan oleh kongres untuk menentukan kesinambungan tugas-tugas pentadbiran, mengawasi kegiatan kerjasama teknikal, perundangan, juriselidik dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh merujuk  Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

Lain-lain27.12.2019

Kembali ke atas