Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.lo.la.kan] | مڠلولاکن

Definisi : mengarah dan mengawal perjalanan sesuatu (spt perusahaan, pejabat, dll), menyelenggarakan: kursus tersebut dikelolakan oleh setiausaha kesatuan itu; diperlukan seorang yg berpengalaman utk ~ perusahaan baru itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.lo.la.kan] | مڠلولاکن

Definisi : merancang dan mengawal perjalanan sesuatu perusahaan: Kursus itu dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelola (kata kerja)
Bersinonim dengan kemudi, kendali, selia, selenggara, tadbir, urus, pimpin, arah atur;,
Kata Terbitan : mengelola, mengelolakan, kelolaan, pengelolaan, pengelola,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya sedang mengelolakan sebuah rancangan televisyen di Bernama TV. Tajuk rancangan 1Konsumer@Bernama-Tv. Persoalannya adakah perkataan Konsumer dalam kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, atau adakah ia boleh digunapakai kerana ia merupakan bahasa yang diambil dari Bahasa Inggeris, Consumer. Pertanyaan diusulkan berdasarkan ada aduan daripada penonton kami berhubung perkara ini.Padanan yang tepat bagi perkataan consumer ialah pengguna.Istilah27.08.2008
Salam. Saya berkhidmat sebagai Pegawai Khas Koakademik iaitu mengelolakan Pertandingan Bahas Ala Parlimen, Pidato, Forum Remaja dan juga Pesta Pantun di kalangan murid-murid Daerah Petaling. Diharap pihak Tuan boleh mencadangkan saya tajuk-tajuk yang sesuai untuk diperbahaskan dan di pidatokan. Terima kasih. Nuraini bt Abd. RahmanUntuk makluman puan, bagi Pertandingan Forum Remaja, tajuk Pertandingan Forum Remaja akan disediakan oleh pihak penganjur dan akan dimaklumkan kepada pegawai JPN (JK Induk Pertandingan Forum Remaja) yang terlibat.  Bagi pertandingan yang lain seperti bahas, pidato, pantun dan lain-lain,  puan boleh berhubung dengan  pihak penganjur untuk mengetahui statusnya. Lazimya tajuk sesuatu pertandingan dibina berdasarkan tema tertentu yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan. Terima kasih. Lain-lain11.02.2009
Penggunaan ayat diarah atau di arah merujuk yang mana satu. Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada makna ayat yang hendak disampaikan. Perkataan "diarah" membawa maksud mengatur, menyelia, mengelolakan dan sebagainya para pelakon serta pembantu yang terlibat dalam drama, filem, teater dan sebagainya. Perkataan "di arah" pula menunjukkan hala atau haluan untuk sampai ke sesuatu tempat.Tatabahasa30.06.2022
Saya nak tahu makna dan perbezaan ayat Penyenggaraan dan Penyelenggaraan.

Penyenggaraan daripada kata senggara yang bermaksud mengurus,mengendalikan, menyelenggarakan.

Penyelenggaraan daripada kata selenggara yang bermaksud mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan .

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kedua-dua kata ini membawa maksud yang sama. 

Makna30.01.2008
selenggaraPertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan apakah bentuk soalan saudara. Sekiranya saudara ingin mencari maksud selenggara, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, selenggara bermaksud . mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. membela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam. Istilah07.02.2010
BOLEH TERANGKAN DGN LEBIH LANJUT MENGENAI KENYATAAN DI BAWAH: Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjarMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud mengurus ialah menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun. Menyelenggarakan ialah mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Memantau pula ialah memerhatikan dan memeriksa perkembangan. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna26.03.2009
Salam sejahtera, Saya keliru dengan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan? Boleh jelaskan penggunaan kedua-dua perkataan ini?

Tiada perbezaan antara senggara dengan selenggara. Senggara; menyenggarakan bermaksud  mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan; Selenggara; menyelenggarakan bermaksud 1. mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan  2. melaksanakan, menjalankan (rancangan, perintah dan lain-lain) 3. membela, memelihara, menjaga, merawat  4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dan lain-lain). Penyelenggaraan bermaksud 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan  2. pemeliharaan, pengawasan.   Penyenggaraan bermaksud perbuatan menyenggarakan, pengendalian, menyelenggarakan. 

Makna27.01.2011
maksud serta penggunaan perkataan selenggara dan senggara. Apa perbezaan antara 2 perkataan ini?

Tuan Jol,

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll).  Penjelasan terperinci tentang kedua-dua kata ini boleh dirujuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 

  • senggara; menyenggarakan

    mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan;
  • penyenggaraan

    perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan;  lihat juga selenggara.
  • Istilah25.03.2009
    Tuan, bentuk yang manakah betul, "mengurus" atau "menguruskan"?Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama, iaitu:
    mengurus = 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll); dia sudah tua, tidak ada siapa yang~ kebun getahnya; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna dll) memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll)4. menguruskan = menyelenggarakan supaya berjalan dsb dengan baik (perniagaan, perdagangan,dll) memimpin dan mengatur ( perjalanan sesuatu perbadanan, dll), mengelolakan, menjalankan; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendalikan sesuatu perkara (supaya sempurna), meyelesaikan (perselisihan, dll).
    Tatabahasa14.03.2015
    antara perkataan ( Penggaraan ) dan ( Penyelenggaraan ) Kaedah yang bagaimana untuk kita menggunakan perkataan PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. CONTOH: 1. (a) Kumpulan Wang Amanah Penyenggara Jalan atau (b) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan CONTOH: 2. (a) PENYENGGARA jalan-jalan negeri atau (b) PENYELENGGARAAN jalan-jalan negeri 3. (a) JAWAPAN atau JAWABAN Mohon Mendapat jawapan seberapa segera. Terima Kasih. (Rusli Bin Kamaruddin) PA Yang di-Pertua Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.1. Penyenggara Jalan  dan penyelenggara jalan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.

    Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara.

    2. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.
    Tatabahasa27.02.2014

    Kembali ke atas