Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.luar.kan] | مڠلوارکن

Definisi : 1. membawa atau menye­babkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), mem­berhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), meng­ucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. meng­hasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.luar.kan] | مڠلوارکن

Definisi : 1 memindahkan barang dll ke sebelah luar; membawa ke luar: Dia ~ sehelai sapu tangan dr dlm sakunya. 2 melahirkan atau menyatakan (pendapat dll): Mereka tidak mempunyai kebebasan dan tidak boleh ~ fikiran sendiri. 3 membelanjakan wang utk sesuatu: Mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk membiayai projek itu. 4 menerbitkan buku, majalah dll: Dewan Bahasa akan ~ kamus Inggeris-Melayu tidak lama lagi. 5 menghasilkan getah, bijih timah dll: Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ getah asli. 6 menghentikan drpd jawatan dll; memecat: Ia telah dikeluarkan dr persatuan itu kerana kecurangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,

Peribahasa

Melepaskan peluru petunang.

Bermaksud :

Mengeluarkan kata-kata yang tepat. peluru petunang = peluru yang berjampi untuk mengenai sasarannya.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sama ada "mengeluarkan perintah baharu" atau "mengeluarkan perintah baru"? Kata "baru" dan "baharu" kedua-duanya betul, namun penggunaannya mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dan lain-lain). Bagi menjawab pertanyaan saudari, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Oleh itu, jawapan yang lebih tepat ialah mengeluarkan perintah baharu.Tatabahasa24.08.2021
Mengalih keluar akaun atau mengeluarkan akaun? Apakah perbezaan antara mengalih keluar dengan mengeluarkan?Tidak ditemukan perkataan "mengalih keluar" dalam bentuk istilah. Sekiranya dalam bentuk kata umum, perkataan "mengalih" hendaklah diikuti dengan objek, seperti mengalih baldi dan mengalih percakapan. Oleh itu, frasa yang betul ialah "mengeluarkan akaun". Tatabahasa01.10.2024
Salam sejahtera. 1) terjatuh dari atau daripada basikal 2) mengeluarkan wang dari atau daripada tabung 3) mengeluarkan buku dari atau daripada beg Terima kasih.

Penggunaan kata sendi nama yang betul adalah seperti yang berikut:

 

1.      … terjatuh dari basikal. 

 

2.      mengeluarkan wang daripada tabung.

 

3.      mengeluarkan buku daripada beg.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 268-269 atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 481-482 dan laman prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa16.01.2024
Saya ingin mengeluarkan surat untuk sambungan perjanjian. Di antara 'Lanjutan Tempoh Perjanjian' dan 'Tempoh Lanjutan Perjanjian', yang manakah sesuai untuk menerangkan maksud surat tersebut? Adakah lanjutan + tempoh adalah penggunaan yang betul? Jikalau betul, boleh terangkan maksudnya?Kedua-dua cadangan jawapan yang diberikan betul. Lanjutan bermaksud sambungan manakala tempoh pula bermaksud masa atau waktu.Tatabahasa04.06.2021
SAYA MAHU MENGELUARKAN JURNAL MUALLIM - JURNAL PENYELIDIKAN 2011 BAGI JBATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNTUK IPG KSM. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAFTAR DAN MENDPATKAN NO ISSN?

Sila hubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendaftar dan mendapatkan nombor ISSN.

Lain-lain04.12.2011
kami akan mengeluarkan majalah kolej. dan antara salah satu pilihan nama majalah ialah simfoni. majalah ni adalah pertama kali di keluarkan.apa yang di maksudkan dengan simfoni?dari semua aspek. di harap dengan penerangan yang diberikan oleh pihak dewan bahasa dan pustaka dapat mengukuhkan pilihan nama simfoni.terima kasih.Antara makna simfoni ialah 1. sj gubahan muzik yg panjang utk dimainkan oleh orkestra; 2. kumpulan pancaragam yg berpemimpin, mempunyai peralatan lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai. Untuk keterangan lanjut, pihak tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, cadangan nama pihak tuan/puan boleh juga merujuk Siri Lembar Bahasa Nama Indah yang boleh dicapai di laman web DBP.Makna21.01.2010
dbp harus mengeluarkan majalah yang lebih padat dengan isu semasaTerima kasih atas saranan tersebutLain-lain09.06.2009
Danish mengeluarkan Blackberry dari/daripada beg kecilnya?Jawapan yang betul ialah: Danish mengeluarkan Blackberry daripada beg kecilnya. Tatabahasa31.10.2011
Saya melampirkan soalan pada dokumen di bawah.Ayat yang betul:
a. Dia mengeluarkan wang daripada beg tangannya.
b. Dia mengeluarkan kek daripada ketuhar.
c. Dia keluar daripada kereta.
d. Dia mengeluarkan buku daripada kotak.
Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang hadir di hadapan frasa nama. Kata sendi nama "dari" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa, manakala kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.
Tatabahasa10.12.2021
penggunaan kata sendi 'dari' dan 'daripada' Antara frasa berikut, yang manakah betul penggunaannya: a) mengeluarkan wang daripada bank b) mengeluarkan wang dari bankDari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Merujuk kepada ayat di atas, kata sendi yang sesuai ialah "daripada": Mengeluarkan wang daripada bank (merujuk kepada sumber).Tatabahasa01.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas