| slm. soalan: ibu mengemas/membersihkan bilik adik.(menegemas dan membersihkan adalah pilihan jawapan.mengemas perlu ke imbuhan -kan?kenapa membersihkan ada imbuhan -kan?) tq | Kata terbitan mengemas dan mengemaskan, kedua-dua bentuk tersebut wujud dalam pengimbuhan kata dasar kemas, walau bagaimanapun yang lazim digunakan ialah mengemas. Mengemas/mengemaskan dan membersihkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek untuk melengkapkan ayat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 191. | Tatabahasa | 26.06.2010 |
| ayat: abu mengemas/membersihkan biliknya.(mengemas perlu ada imbuhan men ke?) | Puan Asmazaira, Saya kurang jelas dengan soalan puan. Sila nyatakan soalan dengan lebih jelas. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
| Apakah perbezaan penggunaan 'mengemas' dan 'mengemaskan' dalam serta 'memberi' dan 'memberikan' dalam konteks ayat? | Kamus Pelajar menakrifkan kata mengemas ialah perbuatan menyusun atau mengatur elok-elok, seperti ayat Dia sibuk mengemas barang-barang yang hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok; manakala mengemaskan ialah perbuatan menjadikan tersusun, seperti ayat Ia tidak diizinkan pulang sebelum mengemaskan kerjanya. Perbezaan yang jelas, kata kerja mengemas merujuk perbuatan yang sedang berlaku. | Tatabahasa | 15.09.2015 |
| 1. Arun membaca buku di meja buku. 2. Murid-murid menyertai pertandingan menyanyi. 3. Helmi dan kakaknya mengemas di ruang tamu. 4. Helmi dan kakaknya mengemas di rumah. selamat sejahtera encik/puan, adakah 4 ayat di atas betul. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Arun membaca buku di meja”, manakala ayat “Murid-murid menyertai pertandingan menyanyi”, “Helmi dan kakaknya mengemas di ruang tamu”, “Helmi dan kakaknya mengemas di rumah” betul. | Tatabahasa | 16.10.2025 |
| mengemas kini atau mengemaskini ? | Ejaan yang betul ialah "mengemas kini " | Ejaan | 05.02.2020 |
| Salam sejahtera, 1.Zali mengemas katil supaya (bersih). 2.Wei Han mengemas katil supaya (kemas). 3. Ibu mengemop lantai dengan mop. Adakah ketiga -tiga ayat ini betul? | Ayat yang tepat adalah seperti yang berikut: 1. Zali membersihkan katil. 2. Wei Han mengemaskan katil. 3. Ibu mengemop lantai. | Tatabahasa | 05.07.2023 |
| 1. Bapa mengutip buah durian untuk dimakan. 2. Sandra mengemas katil supaya kemas. 3. Sin Ling mengemas katil di bilik tidur supaya cantik. 4. Guan Hong dan Fendi menyimpan gelung rotan dan bola baling di dalam bilik sukan. 5. Saya mengutip durian di dalam dusun. 6. Rina berangkat ke sekolah dengan berjalan kaki. Adakah 6 ayat tersebut betul? minta pencerahan. terima kasih encik/puan. | Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat nombor (1), (2), (3) dan (4) adalah betul dari segi tatabahasa dan boleh digunakan. Ayat nombor (5) perlu dibetulkan. “Saya mengutip durian di dusun.” Ayat nombor (6) perlu dibetulkan. “Rina berjalan kaki ke sekolah.” Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431-575. | Tatabahasa | 21.07.2025 |
| Ejaan manakah yang betul antara "mengemaskini" atau "mengemas kini"? | Ejaan yang betul ialah mengemas kini. | Ejaan | 17.03.2021 |
| ●6 ●31 ●36 Lengkapkan ayat yang berikut dengan jawapan yang paling sesuai. Pembantu rumah itu mengemas rumah ____________majikannya ke tempat kerja. A)setelah B)sampai C)kerana D)sementara Apakah jawapan untuk soalan di atas? Boleh tuan/puan menjelaskan semua empat pilihan untuk soalan ini ? Terima kasih. | Ayat yang bersesuaian ialah “Pembantu rumah itu mengemas rumah setelah majikannya ke tempat kerja.” Kata “setelah”, “kerana” dan “sementara” merupakan kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Kata “sampai” merupakan kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu dan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 253 dan 421 dan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1949.
| Lain-lain | 26.01.2024 |
| Salam... saya dah cuba buat carian di laman web pihak tuan tapi tak jumpa cara ejaan yg tepat... utk perkataan berikut sama ada dieja rapat atau jarak: 1.dikemas kini /dikemaskini? 2.mengemas kini / mengemaskini? 3.pengemaskinian? ( wujud ke ayat tu). Terima kasih | Ejaan yang betul ialah dikemas kini, mengemas kini dan pengemaskinian. Perkataan kemas kini apabila menerima imbuhan pada awal atau akhir perkataan sahaja, ejaannya dua perkataan dan apabila menerima imbuhan pada awal dan akhirnya seperti pe-...-an dalam pengemaskinian baharulah dieja satu perkataan. | Ejaan | 22.11.2012 |