Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kini (adverba)
Bersinonim dengan sekarang ini, waktu ini, dewasa ini, mutakhir;,
Kata Terbitan : terkini,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengemas kini atau mengemaskini ?Ejaan yang betul ialah "mengemas kini "Ejaan05.02.2020
Ejaan manakah yang betul antara "mengemaskini" atau "mengemas kini"?Ejaan yang betul ialah mengemas kini.Ejaan17.03.2021
Salam... saya dah cuba buat carian di laman web pihak tuan tapi tak jumpa cara ejaan yg tepat... utk perkataan berikut sama ada dieja rapat atau jarak: 1.dikemas kini /dikemaskini? 2.mengemas kini / mengemaskini? 3.pengemaskinian? ( wujud ke ayat tu). Terima kasihEjaan yang betul ialah dikemas kini, mengemas kini dan pengemaskinian. Perkataan kemas kini apabila menerima imbuhan pada awal atau akhir perkataan sahaja, ejaannya dua perkataan dan apabila menerima imbuhan pada awal dan akhirnya seperti pe-...-an dalam pengemaskinian baharulah dieja satu perkataan.Ejaan22.11.2012
Assalamualaikum. Tuan, Kami dalam proses untuk mengemas kini dokumen-dokumen edaran dalaman di dalam organisasi kami. Buat masa sekarang, terdapat banyak kategori dokumen. Pertanyaan saya adalah bagaimana untuk kami kenal pasti kegunaan/ definisi setiap kategori dokumen tersebut. Kategori-kategori dokumen yang ada adalah: 1. Dasar 2. Polisi 3. Pekeliling 4. Terma dan syarat 5. Peraturan 6. Garis Panduan 7. Panduan 8. Manual 9. Prosedur 10. Tatacara Pada pandangan saya, mungkin terdapat kategori yang tidak perlu digunakan kerana definisi yang lebih kurang sama. Mohon pandangan dan nasihat tuan. Terima kasih. Ahmad Firdaus

Pihak kami tidak mempunyai kepakaran untuk menentukan definisi, kandungan dan pembahagian bab berkaitan dokumen rasmi. Untuk maklumat lanjut berkaitan urusan tersebut, tuan boleh menghubungi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Aras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tuan juga boleh menghubungi talian 03-8000 8000 atau mendapatkan penjelasan melalui laman web mampu.gov.my

Lain-lain30.06.2020
Bolehkah kata sendi "untuk" digunakan pada awal ayat. Sebagai contoh "Untuk memberikan pelanggan servis yang baik, kami mengemaskini system sedia ada". Sekian, terima kasihKata sendi nama "untuk" hadir pada pangkal ayat dalam ayat songsang. Ayat biasa, Kami mengemas kini sistem yang sedia ada untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Ayat songsang, Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami mengemas kini sistem yang sedia ada.Tatabahasa01.08.2016
Salam, frasa 'pengantunan kanak-kanak' dan 'amang seksual' sudah masuk dalam perbendaharaan Melayu sejak 2017 melalui Akta 792. Sudah tiba masanya DBP mengemas kini PRPM dan memasukkan istilah tersebut supaya dapat dimasyarakatkan.Kami mengambil maklum cadangan tuan berkaitan frasa ‘pengantunan kanak-kanak’ dan ‘amang seksual’. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. Kami amat menghargai keprihatinan dan cadangan yang diberikan dalam usaha bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan. Istilah15.03.2019
Dalam Kamus Dewan 4, saya hanya dapat mencari perkataan penaksiran. Tetapi perkataan pentaksiran sudah digunakan dengan begitu meluas sekali. Adakah pihak DBP akan mengemas kini Kamus Dewan untuk memasukkan pentaksiran ke dalam Kamus Dewan atau pentaksiran memang telah disalahgunakan. Terima kasihKata "pentaksiran" sinonim dengan kata "penaksiran". Kedua-dua perkataan ini telah direkodkan di dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) Cetakan Kedua 2021, muka surat 2220.Makna15.05.2022
Mohon penjelasan tentang penggunaan "mempererat"/"mempereratkan" kerana maklumat drp pihak Khidmat Nasihat Bahasa sebelum ini bercanggah.Penggunaan yang betul ialah mempererat. Pihak kami akan mengemas kini data dalam KNB.Tatabahasa11.06.2019
Menyemak penggunaan bahasa dalam poster yang akan dikeluarkan seperti di lampiran.Betulkan ejaan kemas kini dan mengemas kini. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa21.09.2015
Salam sejahtera DBP, adakah pihak anda akan mengemas kini pangkalan data padanan kata bagi istilah 'food safety', 'food sovereignty' dan 'food security'? Penggunaan istilah keselamatan makanan (food safety), keterjaminan makanan (food security) dan kedaulatan makanan (food sovereignty) saya kira sudah mantap kerana boleh dicari penggunanya secara meluas di Internet oleh orang awam dan juga jabatan-jabatan kerajaan. Data DBP tidak membezakan food security dan food safety (yakni kedua-duanya dipadankan dengan keselamatan makanan) dan tiada entri untuk food sovereignty.

Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk safety dan security ialah "keselamatan". Istilah security boleh juga diterjemahkan kepada sekuriti. Dalam data kami, terdapat istilah “food security policy" yang diterjemahkan kepada "dasar keselamatan makanan" yang digunakan dalam bidang sains politik. Manakala "food safety assessment” yang diterjemahkan kepada "Penilaian keselamatan Makanan" yang digunakan dalam bidang perubatan. Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat dan bidang.

Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan pakar bidang berkenaan. Sehingga kini belum ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat.

Tiada maklumat tentang perkataan food sovereignty dalam pangkalan data kami. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam jawatankuasa yang berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak tuan selanjutnya.

Istilah19.11.2018
12345

Kembali ke atas