Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.ma.si] | مڠمسي

Definisi : mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.ma.si] | مڠمسي

Definisi : 1. melapisi dll dgn emas; 2. menyuap, menumbuk rusuk: segala orang yg diam di rimba Jerun itu pun diemasinya, sekaliannya menurut katanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.ma.si] | مڠمسي

Definisi : 1 melapis atau menyalut dgn emas. 2 memberi rasuah; menyogok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengemasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam min, mana satu betul: 1.Sengaja dia tidak menghabisi ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya. 2.Sengaja dia tidak menghabiskan ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya. 1.Dia mengemas rumahnya dengan gembira. 2.Dia mengemasi rumahnya.

Ayat yang betul ialah “Sengaja dia tidak menghabiskan ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya.” dan “Dia mengemas rumahnya dengan gembira.”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 190 dan 202.

Tatabahasa18.01.2024

Kembali ke atas