Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengemaskini


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, A. inginkan pengesahan ejaan berikut sama ada ditulis rapat atau jarak. 1.mengemaskini, 2.kemas kini, 3 mengubahsuai. B. Apa beza maksud 'pernyataan' dan 'penyataan'. Bila ia sesuai digunakan (terutama dalam soalan). Cthnya... 'dari pernyataan/penyataan berikut, nyatakan manakah yang benar?'1.mengemaskini = mengemas kini
 2.kemas kini= kemas kini
 3 mengubahsuai= mengubah suai
 

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media.

Penyataan
pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain).
Tatabahasa31.10.2012
mengemas kini atau mengemaskini ?Ejaan yang betul ialah "mengemas kini "Ejaan05.02.2020
Jabatan Meteorologi Malaysia sedang mengemaskini sistem amaran cuaca dan dan laman web rasmi. Justeru itu, kami ingin mohon pencerahan bagi beberapa nama khas kawasan perairan dan laut Malaysia untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris seperti berikut: a) Melaka; Melaka atau Malacca b) Selat Melaka; Straits of Melaka atau Straits of Malacca c) Johor; Johor atau Johore d) Johor Barat; West Johor atau West Johore e) Johor Timur; East Johor atau East JohoreUntuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan24.07.2020
Ejaan manakah yang betul antara "mengemaskini" atau "mengemas kini"?Ejaan yang betul ialah mengemas kini.Ejaan17.03.2021
Bagaimanakah ejaan sebenar untuk perkataan mengemaskini
Ejaan yang betul ialah "mengemas kini"
Ejaan17.02.2020
Salam. Saya memohon untuk DBP untuk mengemaskini istilah sains yang baru dan terkini. Saya menghadapi masalah yang banyak untuk menterjemahkan istilah sains dalam bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Sebagai contoh, apakah Bahasa Melayu untuk"drop-casting, reduced graphene oxide, gravitational waves, biocompatibility" dan lain-lain. Mohon ada tindakan drastik untuk menterjamahkan semua istilah ini. Terima kasih.Sekiranya tuan memerlukan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP, sila berhubung terus dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479158/21479155.Istilah17.10.2016
tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantunganEjaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini.Ejaan15.10.2008
PERTANYAAN MENGENAI NAMA KHAS/ISTILAH BAGI KAWASAN PERAIRAN DAN LAUT MALAYSIA Untuk makluman, Jabatan Meteorologi Malaysia sedang mengemaskini sistem amaran cuaca dan dan laman web rasmi. Justeru itu, kami ingin mohon pencerahan bagi beberapa nama khas/istilah kawasan perairan dan laut Malaysia untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris seperti berikut: a) Melaka; Melaka atau Malacca b) Selat Melaka; Straits of Melaka atau Straits of Malacca c) Johor; Johor atau Johore d) Johor Barat; West Johor atau West Johore e) Johor Timur; East Johor atau East Johore Segala kerjasama tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan24.07.2020
Bolehkah kata sendi "untuk" digunakan pada awal ayat. Sebagai contoh "Untuk memberikan pelanggan servis yang baik, kami mengemaskini system sedia ada". Sekian, terima kasihKata sendi nama "untuk" hadir pada pangkal ayat dalam ayat songsang. Ayat biasa, Kami mengemas kini sistem yang sedia ada untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Ayat songsang, Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami mengemas kini sistem yang sedia ada.Tatabahasa01.08.2016
Assalamualaikum dan Salam Sejatera, Tuan/Puan, Merujuk kepada perkara di atas, 2. Untuk makluman, Jabatan Meteorologi Malaysia sedang mengemaskini sistem amaran cuaca dan dan laman web rasmi. Justeru itu, kami ingin mohon pencerahan bagi beberapa nama khas kawasan perairan dan laut Malaysia untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris seperti berikut: a) Melaka; Melaka atau Malacca b) Selat Melaka; Straits of Melaka atau Straits of Malacca c) Johor; Johor atau Johore d) Johor Barat; West Johor atau West Johore e) Johor Timur; East Johor atau East Johore 3. Segala kerjasama tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com

Penyemakan dan penterjemahan28.07.2020
12

Kembali ke atas