Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengembang 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Perkataan manakah yang paling sesuai untuk digunakan bagi beg udara? 1) Beg udara mengembung apabila berlaku perlanggaran. 2) Beg udara mengembang apabila berlaku perlanggaran. Terima kasih.Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan Lain-lain20.05.2022
Salam sejahtera, Saya ingin menanyakan mengenai perihal dua istilah yang agak sama (kata akar yang sama) iaitu: perkembangan dan pengembangan. Kadang-kadang kita akan musykil yang manakah harus dipakai (kalau ada 'case study' atau rujukan, ianya senang) dan apakah beza kedua-dua perkataan tersebut jika digunakan dalam konteks? Dalam sudut lain, apakah beza berkembang dan mengembang? Adakah ia berkaitan dengan subjek tersebut adalah maya ataupun fizikal?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengembangan bermaksud perihal (perbuatan) mengembang atau mengembangkan. Mengembang bermaksud menjadikan kembang.
Contoh: pengembangan ajaran agama Islam

Bagi perkataan perkembangan pula bermaksud keadaan atau hal berkembang. Berkembang bermaksud 1. kembang (terbuka atau terbentang) 2. menjadi makin sempurna. 
Contoh : perkembangan agama Islam

Penggunaan perkataan tersebut hendaklah mengikut konteks yang hendak disampaikan.

Tatabahasa10.05.2019
Pilih ayat yang betul 1. Aduhai,sakitnya gigiku yang berlubang ini! 2. Serkap ayam daripada buluh dijual oleh beliau. 3. Tolong jangan merokok di kawasan sekolah. 4. David dan Wong telah tiba ke Ipoh pagi tadi. Abang akan menyambung pengajian ke luar negara pada minggu hadapan untuk -------------pegetahuan. A. memperkembang B. mengembangkan C. memperkembangkan D. mengembangJawapan betul- No. 1 dan (b)
Makna16.08.2016
"Dinamik Melonjakkan Keunggulan Kompetitif" Gramatis dan sesuai atau tidak slogan ini. Terima kasih.Ayat yang lebih sesuai ialah "Kedinamikan Memacu Keunggulan" atau "Kedinamikan dan Kompetitif Memacu Keunggulan"

Perkataan melonjakkan adalah kurang sesuai kerana membawa maksud seperti yang berikut:

melonjak:  1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa12.10.2019
tepukan yang "gemuruh" atau "bergemuruh"? pegangan agama yang "kental" atau "kukuh" atau "kuat"? Tindakan berani seseorang pekerja berjaya menggagalkan "perompakan" atau "rompakan"? "Perkembangan" atau "pengembangan" bahasa Melayu? Mana satu yg betul? Dan apakah sebabnya? Mohon pencerahan munsyi

Penggunaan bahasa/tatabahasa yang tepat adalah seperti berikut:

 

1. Tepukan yang gemuruh.

2. Pegangan agama yang kuat

3. Pekerja yang berjaya menggagalkan rompakan

4. Perkembangan ialah hal atau perbuatan berkembang, dan

    pengembangan ialah hal atau perbuatan mengembang atau mengembangkan.

    Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada konteks ayat yang ingin disampaikan.

Lain-lain21.08.2021

Kembali ke atas