Saya hendak mengutarakan satu soalan mengenai: 1. Saya sekeluarga pergi ke pasar. 2. Kami sekeluarga pergi ke pasar. Apakah perbezaan "Saya sekeluarga" dan "Kami sekeluarga"? Adakah ayat ini "kami dan sekeluarga saya pergi ke pasar" betul? Terima Kasih. | frasa yang betul ialah kami sekeluarga, kami ialah kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala saya ialah kata ganti nama diri pertama dalam bentuk tunggal. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
SALAM Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai : 1. definisi sebutan baku 2. dasar umum sebutan baku bahasa melayu 3. perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau (biasa) dari segi fonologi 4. kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu Terima Kasih | Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 15.06.2010 |
Salam, Saya ingin dapatkan maklumat berkenaan surat rasmi. Saya keliru mengenai format yang betul mengenai :- 1.nama dan alamat pengirim. Perlukah setiap alamat ada tanda koma di hujungnya? 2.yang mana perlu di Boldkan... poskod,negeri atau daerah? 3.Nama negeri ditulis huruf kecil atau huruf besar? 4.penggunaan singkatan bagi perkataan...bagaimana penggunaan yang sebenarnya? | Dalam surat rasmi, nama dan alamat pengirim hendaklah diikuti dengan tanda baca koma dan diakhiri dengan noktah kerana ini merupakan satu ayat lengkap. Nama negeri hendaklah dibuat huruf tebal (Bold) tetapi ada gaya yang membuat huruf tebal bagi poskod dan daerah. Gaya ini bergantung pada ketetapan sesebuah institusi. nama negeri ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dibuat huruf tebal (sekiranya menggunakan gaya sedemikian). Penggunaan singkatan perkataan dalam surat rasmi tidak dibenarkan kecualai di bahagian Ruj.tuan dan Ruj. kami . Untuk mendapat keterangan lanjut berkenaan penggunaan singkatan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Gaya Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 25.02.2009 |
saya ingin bertanya mengenai: 1. Ejaan sebenar bagi latarbelakang/latar belakang, kurang lebih / lebih kurang? 2. Dalam keadaan mana kita perlu gunakan perkataan baru dan perkataan baharu ? Terima kasih. | 1. latar belakang 2. lebih kurang 3. baharu/baru - new, baru- just sahaja. contoh, adik membeli baju baru/baharu. Dia baru sampai dari Kuala Lumpur | Tatabahasa | 25.07.2007 |
Salam sejahtera. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan mengenai keutuhan wacana yang saya kehendaki tempoh hari. Di sini, saya ingin mendapatkan lebih lanjut mengenai: 1. Apakah yang dimaksudkan perkaitan Makna Perkaitan daripada sesi leksikal: Sinonim, Antonim, Hiponim dan Polisemi? 2. Apakah jenis-jenis teori pemerolehan bahasa. Adakah teori pemerolehan bahasa ini terdiri daripada teori Behavioris, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori koda kognitif? | Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk profesor atau buku yang berkaitan kaedah tersebut. terima kasih. | Tatabahasa | 03.08.2008 |
salam.. maaf bertanya, ada tak definisi operasional serta kenyataan tokoh mengenai: 1. Kata Nama Khas 2. Huruf Besar Awal Ayat 3. Huruf Besar Kata Nama Khas 4. Huruf Awal Ayat | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, operasional ditakrifkan sebagai 1. berkaitan dengan operasi: strategi dan program yang ~; 2. berkeadaan baik dan sedia untuk digunakan. 2. Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku Gaya Dewan mengenai penggunaan huruf besar. Selain itu, tuan boleh merujuk majalah Dewan Bahasa keluaran Mei 2012 untuk rujukan penggunaan huruf besar oleh Zaidi Ismail. | Ejaan | 13.09.2013 |
saya ingin bertanyakn mengenai peranan bahasa melayu dalam beberape aspek seperti berikut: 1. sebagai bahasa kebangsaan 2. sebagai bahasa rasmi 3. sebagai bahasa perpaduan 4. sebagai bahasa ilmu 5. sebagai bahasa komunikasi sosial saya juga ingin tahu beberapa lagi aspek bahasa melayu mengenai: 1. perkembangan terkini dan pemantapan bahasa melayu di alaf baru 2. pembakuan bahasa yang mantap 3. perkamusan 4. ejaan 5. peristilahan 6. tatabahasa 7. sebutan dan bagaimanakah caranya memartabatkn bahasa melayu dan mempraktikkan bahasa inggeris | Bagi membantu saudar mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, sususr Galur Bahasa Melayu atau buku Perancangan Bahasa Melayu atau boleh membuat rujukan di Pusat Dakumentasi Melayu DBP(PDM DBP) | Lain-lain | 27.08.2007 |
Soalan 1 mengenai ayat tunggal pola FN + FN, manakah betul? a) Ibu negeri Perak Ipoh atau b) Ipoh ibu negeri Perak. Soalan 2 mengenai kata nama am / khas - a) Kami murid tahun satu atau b) Kami murid Tahun Satu | 1) Ibu negeri Perak Ipoh atau Ipoh ibu negeri Perak. Kedua-dua ayat itu butul dan menepati pola FN + FN. 2) Kami murid tahun satu - tahun satu ialah kata nama am. 3) Kami murid Tahun Satu Gemilang - Tahun Satu Gemilang ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 12.07.2011 |
Perkataan "mengenai" tergolong dalam kata apa? Cth ayat: 1.Tembakan itu mengenai sasaran. 2. Datuk bercerita mengenai kehidupannya semasa kecil. | Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut: 1. Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.
| Tatabahasa | 19.10.2012 |
Adakah kata boleh digolongkan ke dalam lebih daripada satu golongan kata ? Berdasarkan contoh kata 'mengenai' dalam ayat 1. Tembakan itu mengenai sasaran. 2. Nenek bercerita kepada kami mengenai kehidupannya semasa kecil. | Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut: 1. Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan. 2. Berita kematiannya dihebahkan melalui radio. | Tatabahasa | 18.09.2012 |