saya ingin mengetahui penggunaan yang betul tentang ejaan 'mengenalpasti' atau 'mengenal pasti' (dijarakkan antara perkataan) contoh ayat: kajian ini adalah untuk mengenalpasti/ mengenal pasti kedudukan ekonomi masyarakat bandar di Malaysia. terima kasih | Ejaan yang betul ialah mengenal pasti. | Lain-lain | 24.11.2015 |
Saya ingin bertanya sama ada perkataan mengenal pasti ditulis seperti di atas atau menganlpast. Ini kerana apabila saya merujuk pada Kamus Dewan edisi keempat ia ditulis seperti mengenal pasti. Manakala apabila di buku lain ia dieja seperti mengenalpasti Justeru itu, saya ingin mendapat kepastian berhubung perkara tersebut. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah mengenal pasti. | Ejaan | 04.07.2014 |
mengenalpasti atau mengenal pasti, yang mana betul dari segi tatabahasa? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah mengenal pasti. Perkataan dijarakkan. | Ejaan | 11.05.2013 |
mohon tunjukkan kesalahan-kesalahan yang ada pada perenggan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT. | Ayat tersebut diperbaik menjadi: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT. | Tatabahasa | 05.07.2012 |
salam. saya hendak tahu, adakah penggunaan CIRI-CIRI tidak digunakan lagi dan hanya menjadi CIRI sahaja. Contoh: -Mengenal pasti CIRI-CIRI nombor perdana, menjadi - Mengenal pasti CIRI nombor perdana. terima kasih | Ciri-ciri dan ciri boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. Sekiranya terdapat kata bilangan di hadapan perkataan 'ciri', perkataan tersebut tidak perlu diulang. Contohnya, banyak ciri, beberapa ciri, semua ciri dan sebagainya. Perkataan 'ciri' dalam konteks ini tidak perlu diulang kerana kata bilangan (semua, banyak, beberapa) telah menunjukkan jamak atau banyak. | Tatabahasa | 18.03.2011 |
Salam sejahtera, Yang manakah perkataan yang betul? 1)Menafsir atau mentafsir? 2)Mengenal pasti atau mengenalpasti? Harap dapat membantu. Terima kasih. | Ejaa yang betul ialah 1. mentafsir, 2. mengenal pasti. | Ejaan | 14.10.2010 |
salam,saya nak tahu maksud 'I'm Love Holic', kepastian mengenai perkataan mengenalpasti - mengenal pasti, ibubapa - ibu bapa. terima kasih | Tidak ada padanan holic dalam sumber rujukan kami. Ejaan yang betul ialah mengenal pasti dan ibu bapa. | Ejaan | 08.12.2011 |
salam mohon bantuan. ejaan yang betul bagi mengenalpasti atau mengenal pasti? ayat panjang : Objektif 1: Mengenalpasti Kesan Hubungan antara Iklim Keselamatan dan Prestasi Keselamatan dalam Organisasi Pembuatan | Ejaan yang betul ialah mengenal pasti yang bermaksud mengetahui serta menentukan atau mengetahui sehingga dapat menyatakan dengan pasti | Ejaan | 25.03.2020 |
Beca yang dihiasi/dihiaskan dengan Jalur Gemilang tampak cantik dan menarik ketika membawa pelancong. Jawapan manakah yang paling sesuai dihiasi atau dihiaskan....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut. 2) Beberapa orang murid sedang menjalani/menjalakan latihan lumba lari di padang sekolah. Jawapan manakah yang paling sesuai menjalani atau menjalankan....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut.. 3) murid-murd yang bertugas sibuk menghias/menghiasi pentas dengan kain renda yang cantik. Jawapan manakah yang paling sesuai menghiasi atau menghias....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut... | Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Contohnya "memberikan" (bentuk aktif) dan "diberikan" (bentuk pasif). Apitan meN...i perlu diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Contoh frasa yang diberikan ialah 'menjalankan kehidupan' men-...-kan perlu diikuti objek yang tidak bernyawa iaitu 'kehidupan'. Jadi jawapan yang tepat ialah 'Menjalankan kehidupan'. Jawapan yang betul ialah; 1. dihiaskan dengan beca... 2. menjalankan latihan... 3. menghiaskan pentas... | Tatabahasa | 10.04.2013 |
Saya ingin tahu bagaimana untuk mengenal pasti seseorang individu atau pengamal bahasa itu munsyi dewan. Sekian. Kay Seven | Salam sejahtera, Mengenal Pasti Munsyi Dewan Merujuk perkara di atas, sehingga tahun 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik dan mengiktiraf lebih 200 orang Munsyi Dewan seluruh Malaysia mengikut 6 zon (tengah,selatan,timur,utara, sabah dan sarawak) yang terdiri daripada Munsyi Dewan (Bahasa), Munsyi Dewan (Sastera) dan Munsyi Dewan (Jawi). Setiap Munsyi Dewan akan menerima: 1. Watikah Pelantikan sebagai Munsyi Dewan dan 2. Kad Munsyi Dewan seperti di lampiran sebagai pengenalan diri (munsyi) (pihak Dewan Bahasa dan Pustaka sedang dalam proses mengemas kini maklumat dan mengeluarkan kad baharu untuk Munsyi Dewan seluruh Malaysia) | Pembinaan Bakat | 01.03.2013 |