Tuan, bentuk yang manakah betul, "mengurus" atau "menguruskan"? | Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama, iaitu: mengurus = 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll); dia sudah tua, tidak ada siapa yang~ kebun getahnya; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna dll) memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll)4. menguruskan = menyelenggarakan supaya berjalan dsb dengan baik (perniagaan, perdagangan,dll) memimpin dan mengatur ( perjalanan sesuatu perbadanan, dll), mengelolakan, menjalankan; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendalikan sesuatu perkara (supaya sempurna), meyelesaikan (perselisihan, dll). | Tatabahasa | 14.03.2015 |
apa definisi pengurus dan apa pula definisi ketua serta peranannya? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat. Ketua pula ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); | Istilah | 01.07.2009 |
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasih | Dalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal". | Istilah | 08.07.2011 |
maksud kekangannya | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kekangan bermaksud 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi. Unsur "nya" yang ditambah pada perkataan kekangannya hanyalah berfungsi sebagai penekan. | Istilah | 15.03.2010 |
Encik Hussin Haji Ali JPN Terengganu Saya telah menggunakan Khidmat Nasihat DBP sekian lama. Tetapi sayang seribu kali saya petugas yang mengendalikan tidak peka dengan ejaan yang betul. Seperti contoh 1. bermaksud dieja bermajksud 2. menjadi dieja menjkadi 3. mana-mana dieja amna-mana mohon teguran untuk memartabatkan bahasa kebangsaan | Terima kasih atas makluman tuan. Perkara ini telah diambil tindakan dan sistem perkhidmatan kami akan mengemas kini data dalam jangka waktu yang terdekat ini. | Lain-lain | 10.09.2014 |
1. Kerajaan undang Presiden PGI Jocelyne Bourgan bagi [menyampai] ucaptama pada Forum Parlimen. 2. Kunjungan tersebut adalah sempena kedatangan beliau ke negeri ini atas jemputan kerajaan negeri bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen melibatkan ahli-ahli DUN dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan pada 15 dan 16 Oktober ini di Damai, Santubong. 3. Jocelyne telah dijemput oleh kerajaan negeri berdasarkan kepada pengalaman luas beliau serta kepakarannya [terutama mengenai] sistem kerajaan. 4. “[Atas sebab itu], kerajaan negeri telah menjemput beliau dan beberapa penceramah lain untuk mengendalikan Forum Parlimen selama dua hari,”katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu. 5. [Tambah Jabu,] ini bukan perkara baharu atau kali pertama kerajaan negeri mengundang individu berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada pemimpin dan pegawai atas di peringkat negeri. 6. Kita mahu mendengar pendapat serta cadangan mereka [untuk kita] memperbaiki tahap kecekapan kita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. 7. [Dalam pada itu selain Jabu,] Jocelyne yang juga merupakan presiden emeritus Canada School of Public Service turut mengadakan kunjungan hormat terhadap setiausaha kerajaan negeri. 8. Sebagai tambahan kerajaan negeri menurut Jabu turut menghantar pegawai-pegawai atasan kerajaan ke pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalani kursus-kursus khusus bagi memperluaskan pendedahan mereka. | 1. Kerajaan mengundang Presiden PGI Jocelyne Bourgan bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen. 2. Kunjungan tersebut bersempena dengan kedatangan beliau ke negeri ini atas jemputan kerajaan negeri bagi menyampaikan ucaptama pada Forum Parlimen yang melibatkan ahli DUN dan pegawai tinggi kerajaan pada 15 dan 16 Oktober ini di Damai, Santubong. 3. Jocelyne telah dijemput oleh kerajaan negeri berdasarkan pada pengalaman luas beliau serta kepakarannya mengenai sistem kerajaan. 4. "Atas alasan yang demikian, kerajaan negeri telah menjemput beliau dan beberapa penceramah lain untuk mengendalikan Forum Parlimen selama dua hari,”katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu. 5. Tambah Jabu, "ini bukan perkara baharu atau kali pertama kerajaan negeri mengundang individu berpengalaman untuk berkongsi kepakaran mereka kepada pemimpin dan pegawai atasan negeri". 6. Kita mahu mendengar pendapat serta cadangan mereka untuk memperbaiki tahap kecekapan kita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. 7. Dalam pada itu selain Jabu berkata, "Jocelyne yang juga merupakan Presiden Emeritus Canada School of Public Service turut mengadakan kunjungan hormat terhadap setiausaha kerajaan negeri". 8. Sebagai tambahan kerajaan negeri menurut Jabu turut menghantar pegawai-pegawai atasan kerajaan ke pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalani kursus khusus bagi memperluas pendedahan mereka. | Tatabahasa | 06.11.2015 |
Assalamualaikum.. 1.Apakah bahasa pengantar yang perlu digunakan dalam IPTA? 2.Adakah penggunaan Bahasa Melayu wajib di IPTA? 3.Mana perkataan yang betul; Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Terima kasih. | Bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar utama di IPTA. Walau bagaminanpun selaras dengan perkembangan pendidikan global IPTA diberi kebenaran untuk mengendalikan kursus pengajian tertentu dalam bahasa Inggeris dengan syarat bahasa Melayu hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib. Pengunaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Daripada aspek tamadun penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu kerana pembinaan bahasa itu disandarkan kepada tamadun Melayu. Walau bagaimanapun mengikut keputusan pihak Kabinet Malaysia perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat. | Lain-lain | 27.03.2011 |
1)Sila definasikan Kadar Pulangan dalam Bahasa Malysia yang berasal dari perkataan Rate of Return dalam konteks Real Estate terms. 2) Sila definasikan Hartanah Perdagangan dalam Konteks Real Estate, | Makna kadar pulangan secara umum ialah jumlah atau banyaknya bayaran yang dikenakan ke atas hasil drpd atau pendapatan penanaman modal (pekerjaan, pemberian, perkhidmatan, dll). Saudara perlu menyemak istilah tersebut dan istilah Harta Tanah Perdangan dalam bidang Harta Tanah (Real Estate) di IPTA/IPTS yang mengendalikan kursus dalam bidang tersebut. | Istilah | 19.11.2008 |
Apakah nama syarikat? | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna syarikat, berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, syarikat ialah 1. persekutuan, perkumpulan, gabungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi perusahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), perkongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd modalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. persekutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemudahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, terutamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multi-nasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau menghasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa perusahaan (spt pembuatan barang, pengendalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan; | Lain-lain | 14.10.2009 |
Adakah pihak DBP mengendalikan sebarang ujian bahasa Melayu kepada warganegara asing yang ingin mendapatkan certificate dalam bahasa Melayu? Jika tidak, badan manakah yang perlu dirujuk dalam perkara ini? | Tuan/puan, Berkenaan dengan perkara tersebut, mohon pihak tuan tanyakan persoalan ini kepada Akademi DBP kerana perancangan pernah dibuat oleh Akademi DBP. Boleh hubungi Akademi DBP melalui 1.5em; orphans: 2; widows: 2; letter-spacing: normal; padding-right: 0px; text-indent: 0px; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;border: 0px;"> - Encik Mohd Asri bin Mohammad 03-2147 9323/019-3412 32 /asri_m@dbp.gov.my
- Encik Mohd Amran bin Daud 03-2147 9223 / 019- 9934 09/ amran2@dbp.gov.my
- Puan Zaidah binti Md Samin 03-2147 9227 /012-6106 256/ zaidahms@dbp.gov.my
| Lain-lain | 30.04.2017 |