Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngen.dur] | مڠندور

Definisi : menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngen.dur] | مڠندور

Definisi : menjadi kendur; menjadi tidak kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendur (adjektif)
1. Dalam konteks tali, rantai,
bersinonim dengan lentur, landung, landur, lendut, ruai,
Berantonim dengan tegang

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan berkedut, kecut,
Berantonim dengan tegang

3. Dalam konteks ikatan
bersinonim dengan longgar, tidak ketat, tidak tegang,
Berantonim dengan ketat, tegang

4. Dalam konteks krisis
bersinonim dengan reda, tidak mencemaskan, tidak membahayakan, tidak tegang,
Berantonim dengan tegang

5. Dalam konteks perniagaan
bersinonim dengan lembap, meleset, jatuh, surut, tidak menguntungkan,
Berantonim dengan untung

Kata Terbitan : mengendur, terkendur, kekenduran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012

Kembali ke atas