Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngéng.sot] | مڠيڠسوت

Definisi : 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengengsot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Saya ingin mendapatkan terjemahan perkataan 'mengengsot' dalam Bahasa Inggeris. Dalam konteks penggunaan "bergerakan siput ialah mengengsot". What is the 'mengengsot' word in English? (Is it 'mengengsot' or 'mengesot'?) 2. Kalau perkataan Inggeris "slither" - apa terjemahannya dalam Bahasa Malaysia? 3. Bolehkah digunakan pergerakan 'slither' untuk siput? Atau binatang apa yang paling sesuai untuk menunjukkan pergerakan 'slither'? Harap bantu. Dah cari di Carian Kata untuk terjemahan tetapi tidak jumpa. Sekian, terima kasih

1. Lazimnya bahasa Inggeris menggunakan perkataan “crawl” untuk menunjukkan pergerakan siput.

2. Padanan bahasa Melayu untuk slither ialah menyelinap. (Contoh ayat: a snake was slithering through the bushes, seekor ular menyelinap di dlm semak.)

Sekian. Terima kasih.
Istilah13.06.2017
Asssalamualaikum, Ayat manakah yang betul? 1. Siput itu mengesot di celah batu. 2. Siput itu mengengsot di celah batu.Ayat yang betul ialah Siput itu mengengsot di celah batu.Tatabahasa23.05.2012
Assalamualaikum. Di sini saya ada beberapa soalan ingin dikemukakan. 1) di kelilingi ATAU dikelilingi 2) kata-kata alu-aluan ATAU kata-kata aluan ATAU kata alu-aluan 3) mengesot-esot ATAU mengengsot-engsot 4) suasana himpit menghimpit ATAU suasana berhimpit-himpit 5) Pak Ali merupakan salah seorang saksi mujbir kepada peristiwa bersejarah itu, iaitu malam kemerdekaan. - apakah 'saksi mujbir' itu boleh digunakan? Atas segala perhatian pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

1) dikelilingi

2) kata alu-aluan

3) mengengsot-engsot

4) suasana berhimpit-himpit

5) Mujbir ialah kata Arab yang bermaksud yang memaksa. Perkataan ini lazimnya digunakan dalam laras agama seperti wali mujbir, iaitu wali (bapa atau datuk sebelah bapa) yang boleh menikahkan anak atau cucu perempuannya yang masih dara tanpa persetujuan anak atau cucu tersebut. Untuk ayat umum, seperti "Pak Ali merupakan salah seorang saksi mujbir kepada peristiwa bersejarah itu, iaitu malam kemerdekaan." lebih baik kata mujbir digantikan dengan perkataan biasa yang memberi maksud yang dikehendaki, kerana mujbir dalam ayat ini tidak tepat maknanya seperti dalam frasa wali mujbir.

Tatabahasa15.06.2011
Seekor penyu sedang...........naik keatas pantai untuk mencari tempat bertelur yang sesuai A) menyusur B) mengesot C) merangkak D) melompat Apakah jawapan paling tepat sekali bagi tempat kosong tersebut. Sekian terima kasih
Jawapan yang sesuai ialah mengengsot.
(éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan.

Lihat pula definisi mengesot kerana berbeza walaupun hampir sama. 
menegsot = bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengeng­sotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris;
Tatabahasa25.10.2012

Kembali ke atas