Ayah menyembur air sambil (menggilap/mengelap) keretanya sehingga bersih dan berkilat. Sama ada "menggilap/mengelap" diterima sebagai jawapan? | Mengelap menyapu atau mengeringkan dengan kain lap iaitu perbuatan menyapu atau mengeringkan sesuatu daripada keadaan basah kepada kering. Menggilap perbuatan menggosok supaya licin dan berkilat. Dari aspek ketepatan perkataan, menggilap lebih tepat untuk menjadikan kereta bersih dan berkilat. | Istilah | 17.02.2014 |
apakah maksud alat rambut kering? | Frasa yang betul ialah pengering rambut iaitu alat untuk mengeringkan rambut yang basah (selepas mandi dan sebagainya). | Tatabahasa | 30.10.2012 |
1.apakah maksud perkataan 'tus'? | Menurut data kami, perkataan tus bermaksud bunyi seperti bunyi air menitik; mengetus mengetuskan; mengetuskan mengeringkan (beras yang dibasuh dan lain-lain) dengan membiarkan airnya menitik: agar-agar dibasuh dan direndamkan sebentar, kemudian barulah dituskan airnya; pengetus alat untuk mengetuskan (pinggan mangkuk dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Makna | 18.03.2019 |
Adakah maksud "menyalai" sama dengan "memanggang"? | Mengikut Kamus Dewan “menyalai” bermaksud (1) mengeringkan, mengasapi, memanggang di atas api (2) memanaskan badan dekat api bagi perempuan yang baru bersalin (3) memasang lampu. Manakala “memanggang” bermaksud (1) memasak, memanaskan, mendiangkan, di atas bara api (2) dalam bahasa Minang pula boleh membawa maksud membakar. Jelas daripada maksud yang diberikan, kedua-duanya berkongsi maksud yang pertama sahaja. | Makna | 06.03.2014 |
Tuan, jika Saya nak mengatakan `menimbakan seseorang dengan ilmu...'Adakah perkataan "menimbakan"wujud ? Sila menjelaskan dan membetulkan ayat Saya sekiranya Salah.Terima kasih. | Tidak ada perkataan menimbakan, yang ada ialah menimba. Menimba membawa beberapa maksud, iaitu: 1. mencedok air dari perigi dan lain-lain dengan timba; 2. membuang atau mengeringkan air dari perahu; dan 3. dikiaskan kepada usaha memperoleh ilmu sebanyak mungkin. Frasa yang betul "seseorang yang menimba ilmu...". | Makna | 06.04.2015 |
Tolong jelaskan perbezaan antara memanggang,membakar dan menyalai.Terima kasih | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memanggang bermaksud memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api. Membakar bermaksud 1. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang. 2. Memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dll) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar. Menyalai bermaksud mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api. Berdasarkan penerangan di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. | Makna | 01.04.2011 |
Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ? | mengesat1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); mengelapmenyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap; Berdasarkan makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat. | Makna | 02.10.2009 |