Manakah ayat yang betul: 1. TOLONG SENYAP AGAR KUSYOK JEMAAH BERSOLAT. 2. TOLONG SENYAP AGAR JEMAAH KUSYOK MENGERJAKAN SOLAT. | Ayat yang betul ialah "Mohon senyap agar jemaah khusyuk mengerjakan solat." Ayat lain yang boleh digunakan ialah "Mohon senyap. Jemaah sedang bersolat." | Tatabahasa | 22.11.2013 |
amatur | Orang yang melakukan @ mengerjakan sesuatu hanya sebagai kegemaran (bukan untuk mencari wang) - lawan profesional | Makna | 11.02.2009 |
Penggunaan salutasi Dalam ucapan bagi Perempuan org Kebanyakan yg telah mengerjakan haji, bolehkah menggunakan ' yang mulia pn hajah ... ' ? Yang berbahagia pula untuk siapa? Terima kasih. | Yang Mulia ialah rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Enku dan sebagainya. Gelaran yang betul ialah Puan Hajah seperti Puan Hajah Azizah Haji Ali. Yang Berbahagia ialah rujukan kehormat untuk mereka yang menerima gelaran daripada istana seperti Yang Berbahagia Dato' Aziz. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
maksud peribahasa sikit-psikit lama-lama jadi bukit | Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. | Makna | 17.05.2009 |
apakah kebaikan gotong-royong | Gotong-royong bermaksud sama-sama mengerjakan sesuatu atau saling membantu ketika membuat sesuatu. Sudah tentu banyak kebaikan yang kita dapat apabila sesuatu kerja dilakukan bersama-sama. Kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat lagi, meringankan beban kerja yang berat/banyak, menjana ekonomi lebih luas lagi dll. | Lain-lain | 19.02.2009 |
APAKAH MAKSUD BADAN KEBAJIKAN? | Badan kebajikan ialah kumpulan orang yang merupakan suatu kesatuan untuk mengerjakan sesuatu perkara yang membawa kebaikan. | Makna | 07.05.2009 |
Assalammualaikum.. Tuan, Saya ingin bertanya, jika seorang pegawai mempunyai gelaran Sr (surveyor) dan beliau juga telah mengerjakan ibadah haji, adakah gelaran yang sesuai i) Sr Tuan Haji atau ii) Sr Haji Sekian, terima kasih. | Penggunaan gelaran yang betul ialah Sr Haji Ahmad bin Ali sama seperti Dr. Haji Zainuddin bin Karim. | Tatabahasa | 01.11.2012 |
apa makna perkataan baruah .... leh tolong saya tak | Barua bermaksud orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat; kata makian. | Makna | 30.04.2008 |
9) Van yang membawa pekerja kilang itu tersengguk-sengguk kerana hampir kehabisan minyak. 10) Ayah telah membeli beberapa tangkai tasbih semasa mengerjakan umrah di Mekah. | 1. Perkataan tersengguk-senguk tidak sesuai kerana perkataan tersebut bermaksud terangguk-angguk(orang mengantuk).2. Perkataan tangkai tidak sesuai kerana perkataan ini bermaksud i.gagang pada buah ii. penjodoh bilangan untuk bunga. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
"Menangani masalah sosial" Adakah "menangani" bermaksud "mengusahakan" dalam konteks ini seperti yang diungkapkan dalam Kamus Dewan? Sepanjang pengetahuan saya, "menangani" dalam konteks ini membawa maksud "mengatasi". | Antara maksud menangani ialah mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, atau mengusahakan, contoh ayatnya; pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg menangani bidang ini secara bersungguh-sungguh. Secara literalnya kata menangani dalam contoh ayat yang diberi boleh difahami/diberi makna sebagai mengatasi tetapi makna tersebut belum ada dirakam dalam Kamus Dewan, oleh itu makna yang paling hampir ialah mengusahakan. | Makna | 19.07.2008 |