Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nger.ti] | مڠرتي

Definisi : mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nger.ti] | مڠرتي

Definisi : dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengerti

Puisi
 

Pohon semancun tinggi sehasta,
     Tempatlah budak berjuntai kaki;
Itulah pantun bukankah kata,
     Bukannya budak tidak mengerti.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebagai si bisu berasian (= bermimpi),
     terasa ada terkatakan tidak.

Bermaksud :

Tak dapat mengatakan meskipun tahu atau mengerti.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan seerti bagi a) faham b) bertanya c) bangga

Perkataan seerti bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:

(a)faham - mengerti">mengerti, tahu, sedar, maklum, mafhum, menerima, mengikut, enga;,

 

b) bertanya - soal: siasat, selidik, kaji,

 

c) bangga - megah

 

Lain-lain25.03.2010
terangkan makna sebenar perkataan ini, TAHU, SELIDIK, JANGKAAN, TANGGAP, MAKLUM.Makna tahu ialah maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti. Selidik pula bermakna teliti dan cermat. Manakala makna bagi perkataan jangkaan pula ialah apa-apa yg dijangka, dugaan, sangkaan. Makna bagi perkataan tanggap ialah memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan. Makna perkataan maklum ialah sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Harap maklum.Makna29.10.2007
Boleh saya tahu apa kepanjangan "sl" yg terdapat pd halaman ini http://ekamus.dbp.gov.my/Makna.aspx?kid=215379? Saya tdk mengerti (faham).Label "sl" bermaksud sastera lama, iaitu perkataan yang digunakan dalam teks sastera lama.Istilah02.11.2016
apakah beza sedar, prasedar dan tidak sedar?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf,mengerti.2. ingat kembali, bangun atau jaga(drp. tidur),siuman semula.

Pra- bermaksud sebelum. Oleh itu prasedar bermaksud sebelum sedar.

Tidak sedar pula mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud di atas. Oleh itu tidak sedar bermaksud antaranya tidak tahu dan tidak ingat.    

Makna10.01.2008
Apakah perbezaan antara 'meningkatkan penguasaan' dan 'meningkatkan kefahaman'? Adakah 'penguasaan' merujuk kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sesuatu konsep?Kefahaman bermaksud hal faham akan sesuatu atau tahu dan mengerti benar akan sesuatu, manakala penguasaan bermaksud perbuatan atau hal menguasai, iaitu mengetahui dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut tahap penguasaan melebihi tahap kefahaman dan penguasaan lebih menyeluruh dan terperinci.Tatabahasa12.09.2012
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat?Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat:  kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa.



Sastera06.04.2013
Apakah perbezaan bagi penggunaan istilah "budak-budak", "anak-anak" dan "kanak-kanak" dalam sesuatu konteks yang tertentu?
Konteks penggunaan "kanak-kanak" dipecahkan kepada konteks makna Undang-undang dan makna umum. Makna umum "kanak-kanak" luas kepada sinonim kata "budak-budak" dan "anak-anak" dalam bilangan jamak (lebih daripada seorang). Lazimnya kesesuaian untuk memilih antara ketiga-tiga perkataan lebih sesuai dalam gaya percakapan biasa atau bukan laras bahasa tinggi. 

Sebagai contoh ketiga-tiga perkataan boleh disetarakan dalam ayat:
Mereka masih kanak-kanak yang belum mengerti hakikat hidup ini.
Mereka masih anak-anak yang belum mengerti hakikat hidup ini.
Mereka masih budak-budak yang belum mengerti hakikat hidup ini.

Tidak sepatutnya menukar ganti "kanak-kanak" dengan mana-mana kata lain tadi dalam contoh penggunaan seperti:
Novel kanak-kanak terbitan DBP.
taman asuhan kanak-kanak
Hari Kanak-kanak Sedunia

Untuk perincian takrif "kanak-kanak", "budak-budak" dan "anak-anak", sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna09.07.2025
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum.Makna27.10.2007
Sila rujuk lampiran. *Selain buku Tatabahasa Dewan, adakah buku tatabahasa lain yang dapat dijadikan rujukan? Sekian, terima kasih.Jawapan yang diberikan merujuk Kamus Dewan:
1. C
2. D
3. C
4. Tiada jawapan (keempat-empat ayat betul)
5. Pemahaman bermaksud tahu dan mengerti benar akan sesuatu, manakala kefahaman pula keupayaan (kemampuan) memahami.
6. Kata ganti nama patik digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama hamba untuk merendah diri yang bermaksud saya.
Buku Tatabahasa Dewan sebagai pegangan, walau bagaimanpun untuk menambah kefahaman tuan boleh menggunakan buku tatabahasa yang lain seperti Nahu Mutakhir.
Tatabahasa06.03.2012
Salam. Saya ingin bertanya tentang apakah maksud bagi perkataan bodoh dan dungu? Adakah ia membawa maksud yang sama atau tidak? Jika ya, boleh berikan contoh ayat yang menggunakan perkataan ini? Terima kasih!Merujuk Kamus Dewan, frasa "Bodoh" dan "Dungu" mempunyai maksud yang sama, iaitu sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol.Lain-lain05.06.2024
12

Kembali ke atas