Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.rut.kan] | مڠروتکن

Definisi : 1. mengedutkan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dll): orang-orang yg disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; 2. mengecutkan, memendekkan (sesuatu yg boleh memanjang memendek spt otot dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.rut.kan] | مڠروتکن

Definisi : menjadikan sesuatu berkerut; mengecutkan atau memendekkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerut (adjektif)
Bersinonim dengan kedut, ikal, keriting, lipat-lipatan, gelembur;,
Kata Terbitan : berkerut, kerutan, mengerutkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah konteks penggunaan 'mengernyitkan' dalam ayat berikut betul? "Bentakan itu mengernyitkan otot-otot kesedarannya."Perkataan kernyit membawa maksud berkerut dahi atau alis (sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat hlm. 764). Dalam konteks ayat contoh yang puan berikan itu, iaitu perkataan mengernyitkan, seharusnya ia bermaksud mengerutkan dahi atau alis tetapi apabila ia dikatakan "Bentakan itu mengernyitkan otot-otot kesedarannya", penggunaan perkataan itu sudah tidak menepati makna asalnya. Dalam ayat tersebut, perkataan mengejutkan mungkin lebih sesuai digunakan.Lain-lain03.08.2012

Kembali ke atas