mengembeleng tenaga atau mengembleng tenaga. dari segi ejaan? dari segi tatabahasa adakah ini betul? "mengenalpasti, mengesah dan menjaga keselamatan hakmilik pelanggan" perlu penggunaan 'kan'? menyenggara atau menyelenggara? terima kasih | Ejaan yang betul ialah menggembleng dan menyenggara serta menyelenggara kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun kami tidak jelas dengan pertanyaan tuan tentang "dari segi tatabahasa adakah ini betul? "mengenalpasti, mengesah dan menjaga keselamatan hakmilik pelanggan" perlu penggunaan 'kan'". Dari segi ejaan, yang betul ialah mengenal pasti, mengesah dan menjaga hak milik pelanggan. | Tatabahasa | 04.02.2014 |
Saya ingin membuat lesen banner di kuala selangor, tapi pengawai situ suruh i menghantar kesini untuk mengesah dulu …terima kasih … | Untuk makluman, DBP tidak mengesahkan iklan dalam bahasa Inggeris. Sila terjemah kepada bahasa Melayu dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) | Lain-lain | 17.11.2014 |
perbezaan " mengerang,merintih, mengeluh" ? | Untuk makluman, di bawah merupakan maksud bagi ketiga-tiga makna perkataan tersebut dan perbezaan dan persamaannya boleh dilihat berdasarkan maksud yang diberikan. Mengerang: 1. Mengeluh kerana kesakitan dan lain-lain lagi 2. Mengeluh atau merintih kerana menderita kesusahan dan lain-lain. Merintih: 1. Mengerang (kerana kesakitan dan lain-lain), mengaduh, mengeluh 2. Melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah 3. Sedih, pilu (suara) Mengeluh: 1. Melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dan sebagainya), berkeluh-kesah, merintih | Makna | 28.06.2016 |
Apakah benar perkataan serta susunan ayat yang telah saya gunakan dalan karangan ayat dibawah ini? "Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana yang ditunjuk di dalam Borang B bagi T/T 2011, pelanggan kami adalah dikenakan cukai sebanyak RM __________, tetapi setelah ditolak bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB), bayaran ansuran Seksyen 107 B (CP 500) dan bayaran CP 38 berjumlah RM 32,893.89 bagi T/T 2011 pelanggan kami masih mempunyai baki kredit sebanyak RM __________ seperti yang ditunjukkan berikut: - Dengan keterangan dan penyata yang seperti ditunjuk diatas, pelanggan kami berharap supaya pihak tuan dapat mengesah dan memulangkan baki kredit pelanggan kami dengan secepat yang mungkin setelah ditaksirkan. Terima kasih." | Apakah benar perkataan serta susunan ayat yang telah saya gunakan dalan karangan ayat dibawah ini? "Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana yang ditunjuk di dalam Borang B bagi T/T 2011, pelanggan kami dikenakan cukai sebanyak RM__________, tetapi setelah ditolak bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB), bayaran ansuran Seksyen 107 B (CP 500) dan bayaran CP 38 berjumlah RM32,893.89 bagi T/T 2011 pelanggan kami masih mempunyai baki kredit sebanyak RM__________ seperti yang berikut: Dengan keterangan dan penyata yang seperti ditunjukkan di atas, pelanggan kami berharap supaya pihak tuan dapat mengesahkan dan memulangkan baki kredit pelanggan kami dengan secepat yang mungkin setelah selesai ditaksirkan. | Tatabahasa | 07.06.2012 |