Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.sa.li] | مڠسلي

Definisi : berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.sa.li] | مڠسلي

Definisi : berasa kesal atau berasa kecewa akan: Beliau ~ tindakan pemuda-pemuda liar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengesali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara mengesali dengan menyesali ?Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Kata akar bagi mengesali ialah sesal manakala kesal merupakan kata akar menyesali.Tatabahasa14.10.2019
Assalam Tuan Saya ada sedikit kemusykilan di sini .. Apakah perbezaan antara perkataan sesal dan kesal. Dan abila mendapat imbuhan me-N ...i adakah sesal akan menjadi menyesali dan kesal akan menjadi mengesali? Terima kasih. Azura

Sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik seperti dosa dan lain-lain. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan dan sebagainya), berasa sebal, berasa jengkel. Kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama.

Kata akar bagi mengesali ialah kesal manakala sesal merupakan kata akar menyesali.

Tatabahasa19.04.2020

Kembali ke atas