Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengesan;

Peribahasa

Memakan habis-habis,
     menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana yang betul? 1. Mengesan gas berbahaya. 2. Mengesan gas merbahaya.Mengesan gas berbahaya.
 
Dalam tatabahasa bahasa Melayu, tiada imbuhan mer-.
Tatabahasa05.09.2012
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat yang mana betul. 1. Kita bergantung kepada lidah untuk mengesan rasa makanan. 2. Kita bergantung pada lidah untuk mengesan rasa makanan. Terima kasih.Kita bergantung pada lidah untuk mengesan rasa makanan.Tatabahasa29.06.2012
Salam. Saya mengesan dua bentuk berbeza bagi terjemahan perkataan "EXPERIMENT" iaitu UJIKAJI (1 perkataan), dan UJI KAJI (2 perkataan). Yang mana satukah paling tepat...? Jika kedua-duanya pun tepat, ini menimbulkan isu tidak konsisten dalam ejaan-ejaan seperti ini. Sekian, terima kasih.Ejaan/padanan yang betul ialah "uji kaji". Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul kerana padanan "ujikaji" bagi perkataan experiment merupakan istilah lama yang belum dikemas kini.Ejaan27.05.2014
1. mengesan penjenayah atau menjejaki penjenayah ?

Kedua-duanya betul. Mengesan bermaksud mencari-cari (mengikut) dengan berpandukan kesan (bekas, jejak), manakala menjejaki bermaksud mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dan sebagainya).  

Tatabahasa24.05.2011
Yang manakah penggunaan KSN yang tepat? 1. Kajian ada dijalankan bagi mengesan kesilapan bahasa yang terdapat "DI" papan - papan tanda. atau 2. Kajian ada dijalankan bagi mengesan kesilapan bahasa yang terdapat "PADA" papan - papan tanda. Terima Kasih.

Penggunaan kata sendi nama (KSN) yang tepat adalah seperti dalam ayat yang berikut:

Kajian ada dijalankan bagi mengesan kesilapan bahasa yang terdapat pada papan tanda.

 KSN pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat.

Tatabahasa02.09.2024
Salam sejahtera Tuan/Puan yang dihormati. Apakah kata yang sesuai bagi terjemahan 'discoverability'? Terima kasihMaksud “discover” antaranya ialah mengesan, membongkar, mengetahui, menemukan, menyedari dan penggunaannya berbeza mengikut  konteks ayat. Maksud “ability” pula ialah boleh, mampu, berupaya. Oleh itu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk “discoverability” ialah “ mampu mengesan / kemampuan untuk mengesan, dan sebagai mengikut konteks ayat.Penyemakan dan penterjemahan12.02.2018
Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? Pihak berkuasa telah berjaya mengesan tempat sembunyi pendatang tanpa izin yang wujud di negara kita.Ayat yang betul ialah "Pihak berkuasa telah Berjaya mengesan tempat persembunyian pendatang tanpa izin di negara kita".Tatabahasa08.02.2015
Salam sejahtera.Adakah ayat di bawah betul? 1. Abu menanya pengawal keselamatan taman riadah untuk mengesan jejak adiknya yang hilang.Ayat yang betul ialah: Abu menanya pengawal keselamatan taman riadah untuk mengesan adiknya yang hilang.Tatabahasa16.12.2021
---- dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang. A Penilaian diri B Refleksi diri C Sumbang saran. Saya NANDHANA ingin mohon penjelasan.Untuk makluman, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut ialah:

Penilaian diri = perbuatan atau hal menilai
Refleksi diri = Gambaran diri
Sumbang saran = Perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, men­dapatkan idea-idea baru, dan sebagainya

Sehubungan dengan itu perkataan yang paling tepat digunakan ialah "penilaian diri". Ayat lengkap, Penilaian diri dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang
Lain-lain17.10.2015
Bagaimanakah untuk membezakan atau mengesan penggunaan e-taling dan e-pepet dalam bahasa Melayu?Dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu, di bawah tajuk Pola Keselarasan Vokal: e pepet boleh diikuti a, i, u dan dalam suku kata kedua/akhir tertutup seperti emak, petik dan beku, manakala e taling boleh diikuti a, e (taling), o dalam suku kata kedua/akhir tertutup seperti elak, leper dan ekor .Tatabahasa03.03.2012
1234

Kembali ke atas