Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.san.kan] | مڠسنکن

Definisi : meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.san.kan] | مڠسنکن

Definisi : meninggalkan kesan: Kejadian itu ~ kehampaan di hatinya. Kata-kata yg pedas itu sangat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai bagi emotional depth dalam ayat berikut; Emotional depth bermaksud penerokaan dan kefahaman mengenai pengalaman yang mengesankan, lazimnya pengalaman separa sedar dan mendalam, serta impak terhadap pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang individu.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi:

i. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com

atau

ii. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my

Penyemakan dan penterjemahan28.05.2025
Saya mempunyai satu kemusykilan berkaitan dengan moto sekolah di tempat saya mengajar iaitu PERJUANGAN NON ZERO. Saya dapati wujud percampuran bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Adakah percampuran bahasa ini dibenarkan atau menjadi kesalahan yang perlu diperbetulkan. Apakah pandangan pihak tuan berkenaan hal ini ?Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan mempunyai impak yang sangat besar kepada pelajar dan masyarakat. Sekolah dari segala aspek perlulah sentiasa dalam keadaan baik (dan betul) seperti bilik darjah, persekitaran dan juga segala sesuatu yang dikaitkan dengan citra sekolah termasuklah moto sekolah. Penggunaan bahasa bercampur harus dielakkan dalam memaparkan citra sekolah. Banyak perkataan lain yang boleh kita gantikan dengan perkataan non zero dalam ungkapan "Perjuangan Non Zero". Lazimnya elemen yang dikaitkan dengan perjuangan ini ialah sesuatu yang hebat dan mengesankan seperti "perjuangan tiada berpenghujung".Tatabahasa27.01.2014

Kembali ke atas