Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.syor.kan] | مڠشورکن

Definisi : mengemukakan cadangan, mencadangkan, menganjurkan, menyaran­kan: dia ~ kpd peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.syor.kan] | مڠشورکن

Definisi : mengemukakan se­suatu utk diterima dll; menganjurkan; mengusulkan: Dia ~ supaya singkatan MAL itu ditukar menjadi MAS. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengesyorkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang, perkataan "mengesyorkan" merupakan kata kerja transitif.Menurut hukum tatabahasa selepas kata kerja transitif mesti disambut oleh objek (kata nama) dan bukannya kata sendi, tetapi dalam kamus dewan edisi keempat terdapat ayat " Dia mengesyorkan kepada peguam...... ". Adakah ayat tersebut betul ? Bolehkah tuan berikan penjelasan yang lebih lanjut? terima kasih.Kamus Dewan mentakrifkan perkataan mengesyorkan bermaksud mengemukakan cadangan. Oleh itu, apabila kita gantikan perkataan tersebut menjadi: Dia mengemukakan cadangan kepada peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja. Walau bagaimanapun, untuk membina ayat yang gramatis dan mencari contoh ayat yang betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. Kamus Dewan digunakan untuk mencari makna perkataan.Tatabahasa21.02.2012
KKM akan menerbitkan majalah/buletin dimana kandungannya berkaitan aktiviti semasa perkhidmatan-perkhidmatan Sains Kesihatan Bersekutu seperti Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan), Jururawat, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pembantu Farmasi dll. Mohon pandangan tuan memilih salah atau daripada tajuk-tajuk dibawah atau pihak mengesyorkan satu tajuk yang sesuai. 1) Info SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 2) Rangkaian SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 3) Buletin SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) Atas khidmat nasihat pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. AMIN ZAFRI BIN ABD RAHMANBerdasarkan latar belakang yang ringkas dan tidak mendalam yang diberikan oleh sdr, saya mencadangkan buletin/mjalah sdr di berikan judul "Buletin SKB".Lain-lain21.04.2008
salam sejahtera dan salam 1 malaysia. kami ingin mewujudkan sebuah tadika, dan dalam masa ini kami telah merancang dua nama atas nama tadika tersebut. iaitu. Smarties Kids OneStop Centre. dan Smarties Kids School. so di sini kami mahu bertanya berkenaan makna "smarties" dan adakah penggunaanya akan merosakkan penggunaan bahasa? sekian, terima kasih.

Untuk makluman, DBP tidak memberi khidmat nasihat tentang bahasa Inggeris dan hanya memberi khidmat nasihat tentang bahasa Melayu. Pihka kami juga mengesyorkan supaya pihak tuan menggunakan bahasa Melayu dalam penamaan tadika tersebut. Terima kasih.

Lain-lain17.07.2011
1. Apakah penjodoh bilangan bagi kek? 2. Apakah penjodoh bilangan bagi kemalangan? 3. Apakah bezanya "mengadakan" dan " menganjurkan"? 4. Guru Besar atau guru besar? 5. di kalangan atau dalam kalangan? 6. baru atau baharu? 7. Dia makan epal, durian, dan manggis. Perlukah tanda koma diletakkan sebelum perkataan "dan"? 8. pantai Port Dickson atau Pantai Port Dickson? 9. negeri Selangor atau Negeri Selangor? 10. kereta api atau keretapi? 11. sebuah negeri atau satu negeri? 12. Apakah penjodoh bilangan bagi majlis dan hantu?

1. Penjodoh bilangan bagi kek bergantung pada bentuknya. Boleh digunakan sebiji kek (jika kek itu belum dipotong) ataupun sepotong kek.

2. Tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk kemalangan.

3. Mengadakan bermaksud  1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. meng­usaha­kan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), mengan­jurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan, manakala menganjurkan  1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadang­kan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah.

4. Dalam konteks umum, guru besar dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, ia perlu ditulis dengan huruf besar jika diikuti oleh kata nama khas.

5. Frasa yang betul ialah dalam kalangan.

6. Baru bermaksud 'just', contohnya baru tiba manakala baharu bermaksud 'new', contohnya seperti buku baharu, baju baharu dll.

7. Tanda koma tidak perlu diletakkan kerana epal, durian dan manggis tergolong dalam kategori yang sama.

8. Perkataan pantai Port Dickson tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada perkataan pantai kerana pantai ialah kata nama am.  

9. Ejaan yang betul ialah negeri Selangor sahaja.

10. Ejaan yang betul ialah kereta api.

11. Sebuah negeri.

12.  Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia.

 

Tatabahasa10.03.2010

Kembali ke atas