Ayah tidak mengetahui bahawa abang terlibat dalam demonstrasi yang diadakan petang tadi. penggunaan mengetahui betul ke tahu betul? | Ayah tidak mengetahui bahawa abang terlibat dalam demonstrasi yang diadakan petang tadi. - kata kerja mengetahui paling tepat digunakan dalam ayat ini. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
mengetahui cara mengajar membaca secara menyebut suku kata, perkataan, dan ayat mengenali suku kata terbuka dan suku kata tertutup | Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Rujuk juga buku Daftar Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP; Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman; dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran ini, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif, iaitu pensyarah di maktab dan universiti. | Lain-lain | 30.04.2013 |
Saya ingin mengetahui adakah pihak DBP ada menyediakan kursus seperti kursus penterjemahan. Saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut tetapi tidak mengetahui bagaimana dan di mana serta pihak yang ada menyediakan kursus berkenaan. Sekiranya pihak DBP ada menganjurkan kursus tersebut, saya ingin mengetahui dengan jelas bagaimana caranya untuk mengikuti kursus tersebut. Sekian, terima kasih | Saya ingin mengetahui adakah pihak DBP ada menyediakan kursus seperti kursus penterjemahan. Saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut tetapi tidak mengetahui bagaimana dan di mana serta pihak yang ada menyediakan kursus berkenaan. Sekiranya pihak DBP ada menganjurkan kursus tersebut, saya ingin mengetahui dengan jelas bagaimana caranya untuk mengikuti kursus tersebut. Sekian, terima kasih Akademi DBP ada menyediakan Kursus Penataran Bahasa Melayu:Bahasa Melayu dalam Penterjemahan. Untuk keterangan lanjut, puan boleh menghubungi pegawai Akademi DBP iaitu Puan Faridah Abd. Rahman, 03-2147 9223; e-mel faridah@dbp.gov.my. Untuk kursus penterjemahan bahasa-bahasa lain, puan boleh menghubungi Institut Terjemahan dan Buku Negara; dan Persatuan Penterjemah Negara (03- 21424381) /Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia. | Pembinaan Bakat | 24.01.2014 |
1. Ingin mengetahui kaedah paling pantas mengetahui terjemahan isitilah bahasa Inggeris ke bahasa Melayu? 2. Didapati Kamus Dewan tidak mengandungi isitlah terkini. Dimanakah rujukan isitilah bahasa Melayu terkini boleh diperolehi? | Saudara boleh menggunakan lawan sesawang DBP untuk mendapatkan padanan istilah yang dikehendaki dengan segera, sila layari www.prpm.dbp.gov.my, di ruang carian kata taipkan istilah yang hendak dicari dan saudara akan memperoleh data bukan sahaja daripada istilah tetapi dari kamus, artikel, buku, ensiklopedia, peribahasa dan sebagainya. | Lain-lain | 10.11.2010 |
Adibah Hamzah 11.39 PAGI Selamat tengah hari. Saya ingin mengetahui bagaimana untuk saya mengetahui 140 istilah semasa terbaharu bahasa malaysia? | Belum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya. | Lain-lain | 21.08.2017 |
Salam, Antara ayat di bawah, yang manakah lebih tepat? "Saya berminat untuk mengetahui budaya yang keluarga kamu amalkan." ATAU "Saya berminat untuk mengetahui budaya yang diamalkan oleh keluarga kamu. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Saya berminat untuk mengetahui budaya yang keluarga kamu amalkan".
| Tatabahasa | 14.12.2015 |
Apakah kata dasar untuk perkataan 'mengetahui'? Jika jawapan pihak tuan ialah 'ketahui', mengapakah entri kata ini tidak ada dalam Kamus Dewan, dan tidak wujud imbuhan apitan ke-...-i dalam Tatabahasa Dewan. Terima kasih. | Kata dasar mengetahui ialah tahu. Kata ketahui mempunyai maksud yang sama dengan mengetahui, hanya perbezaan penggunaan dalam ayat. Kata mengetahui digunakan dalam ayat aktif, manakala kata ketahui digunakan dalam ayat pasif kata ganti nama diri pertama dan kedua. | Tatabahasa | 27.04.2016 |
INGIN MENGETAHUI TENTANG PERADUAN MENULIS CERPEN, NOVEL DAN SAJAK. BILA, DI MANA BAGAIMANA MENGHANTAR KARYA | Semua maklumat berkaitan peraduan menulis cerpen, novel dan sajak boleh didapati dengan melayari laman http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 27.01.2015 |
INGIN MENGETAHUI SAMA ADA PERKATAAN YANG BETUL BAGI LAGENDA. LAGENDA ATAU LEGENDA? | Ejaan yang betul ialah legenda iaitu cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah. | Tatabahasa | 14.10.2013 |
INGIN MENGETAHUI MENGENAI EJAAN YANG BETUL.. Kurnianya, Kurnia-Nya, atau KurniaNya. yang mana satu betul penggunaannay. Sebagai contoh Bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah dan Kurnia-Nya | Ejaan yang betul ialah kurnia-Nya. Kata ganti nama yang merujuk Allah seperti -Nya dan -Mu hendaklah ditulis dengan huruf besar dan didahului tanda sempang. | Ejaan | 04.04.2012 |