1. Ingin mengetahui kaedah paling pantas mengetahui terjemahan isitilah bahasa Inggeris ke bahasa Melayu? 2. Didapati Kamus Dewan tidak mengandungi isitlah terkini. Dimanakah rujukan isitilah bahasa Melayu terkini boleh diperolehi? | Saudara boleh menggunakan lawan sesawang DBP untuk mendapatkan padanan istilah yang dikehendaki dengan segera, sila layari www.prpm.dbp.gov.my, di ruang carian kata taipkan istilah yang hendak dicari dan saudara akan memperoleh data bukan sahaja daripada istilah tetapi dari kamus, artikel, buku, ensiklopedia, peribahasa dan sebagainya. | Lain-lain | 10.11.2010 |
mana yang betul 1. 1 jam pertemuan kepada 2 jam pertemuan atau 2. 1jam pertemuan kepada 2 jam | Sila berikan ayat lengkap bagi mengetahui frasa yang betul. Jika menepati maksud soalan, ayat yang betul ialah Pertemuan itu berlanjutan selama 2 jam. | Tatabahasa | 15.05.2019 |
sila berikan definisi untuk: pengetahuan pengalaman kemahiran | Menurut Kamuas Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan berikut ialah: 1. Pengetahuan -1. perihal mengetahui, apa-apa yang diketahui,2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan, 3. (ilmu) segala yang akan diketahui atau dipelajari bkn sesuatu 2. Pengalaman - apa yang dialami(dirasai, ditempuh, dll.) 3. Kemahiran - kecekapan, kepandaian, | Istilah | 23.09.2014 |
Assalamualaikum. 1. Ingin sekali saya mengetahui tentang bidang-bidang yang berkaitan tentang ilmu Bahasa Melayu di pusat pengajian tinggi di Malaysia ini. 2. Adakah pihak DBP atau pihak lain (kerajaan dsb) yang menentukan disiplin ini (nama bidang yang khusus yang ditawarkan)? | Encik Mohd. Ismail, Saudara boleh menghubungi pihak universiti untuk mengetahui bidang yang ditawarkan atau layari laman sesawang ipta berkenaan. Penentuan bidang bagi kursus yang ditawarkan adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi dan dan universiti. | Lain-lain | 25.07.2010 |
Adakah kedua-dua jawapan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif ini betul. Soalan 1. Saya mengetahui bahawa tuduhan itu tidak benar. Jwpn: a) Bahawa tuduhan itu tidak benar saya ketahui. b) Bahawa tuduhan itu saya ketahui tidak benar. Soalan 2. Mereka mengetahui bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Jwpn: a) Bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh mereka. b) Bahawa Hanis diketahui oleh mereka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Sekian, terima kasih. | Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamaka objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Merujuk soalan saudara; 1. (a)Tuduhan itu tidak benar saya ketahui. (b). Tuduhan itu saya ketahui tidak benar. solan 2. (a). Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh meraka. (b). Hanis diketahui oleh meraka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. | Lain-lain | 19.02.2010 |
Apakah erti atau definisi PENGETAHUAN? | Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu | Makna | 11.08.2007 |
Salam 1 Malaysia kepada warga DBP. Saya ingin mengetahui kandungan sebenar jumlah kata tunggal, kata terbitan, kata Akronim dan kata majmuk yang terkandung dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang terbaru. Saya ingin juga mengetahui setiap perubahan jumlah tersebut supaya saya dapat melihat sejauh mana perkembangan bahasa Melayu di negara kita pada masa kini. Berapa jumlah kata dasar, kata terbitan, Kata Akronim dan Kata majmuk yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Saya mengharapkan maklumat yang akan tuan atau puan berikan dapat membantu saya dalam mengkaji sejauh manakah Bahasa Melayu pada masa ini mampu menyaingi bahasa-bahasa lain di dunia. Sekian. | Secara khusus, pihak kami tidak ada maklumat yang diperlukan. Maklumat yang ada hanyalah jumlah kata terbitan, iaitu sebanyak 24,180 kata. Jumlah kata masukan ialah 34,578 yang merangkumi kata dasar, kata majmuk, akronim dan sebagainya. Sebahagian kata majmuk juga terdapat dalam frasa yang berjumlah 24,142 kata. | Lain-lain | 14.01.2011 |
1. Saya ingin mengetahui perbezaan makna rangkai kata ' pada peringkat' dengan ' di peringkat'. 2.Yang manakah ayat yang betul (a)Saya berjaya mencatat kemenangan dalam perlumbaan itu. ATAU (b) Saya berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlumbaan itu. | Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. Contoh: a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. (salah) ~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. (betul) b. Ayu berkebun pada belakang rumah. (salah) ~ Ayu berkebun di belakang rumah (betul) Untuk yang manakah ayat yang betul, ayat (b) ialah ayat yang betul untuk digunakan. | Tatabahasa | 07.10.2017 |
Selamat malam, 1. Saya ingin mengetahui perbezaan penggunaan perkataan "baharu" dan "baru". 2. perbezaan penggunaan perkataan "ramai" dan "banyak". terima kasih. | Penggunaannya "baharu" kebiasaannya merujuk kepada sesuatu yang baru dan merupakan padanan bagi "new" dalam bahasa Inggeris. Kata "baru" pula kebiasaannya merujuk kepada masa dan merupakan padanan bagi "just" dalam bahasa Inggeris. Kata "ramai" hanya untuk manusia sahaja manakala kata "banyak" boleh digunakan untuk manusia atau bukan manusia. | Lain-lain | 04.01.2011 |
Berdasarkan petikan 1 seperti mana lampiran, saya ingin mengetahui perkataan atau ayat: 1. kata nama : 2. kata kerja: 3. ayat majmuk gabungan: 4. ayat majmuk pancangan: 5. ayat majmuk campuran: Sekian, Terima kasih. | Kata nama ialah unsur perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama dan lazimnya perkataan demikian menamai orang, haiwan,tempat,benda atau konsep. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan,atau,tetapi dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan mempunyai satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni tersiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Sila rujuk buku Tatbahasa Dewan Edisi Ketiga dan berdasarkan maklumat di atas kami percaya saudara dapat membuat analisis teks tersebut. | Tatabahasa | 17.09.2008 |