Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.tin.kan] | مڠتينکن

Definisi : menyimpan (makanan, buah-buahan) dlm tin yg dipateri supaya tahan lama: ~ makanan; ~ nanas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.tin.kan] | مڠتينکن

Definisi : menyimpan atau memasukkan sesuatu ke dlm tin supaya tahan lama: Buah-buahan itu ditinkan. ~ ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengetinkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong semak jawapan saya. Terima kasih. Tukarkan ayat aktif ayat pasif. 1.Beberapa orang pekerja  sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu. Jwp: Semak samun di kiri dan di kanan lebuh raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja. 2.Kini, kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah menjalani  kursus  industri  kecil dan sederhana anjuran MARA. Jwp: Hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani kini setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. 3.Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. Jwp: Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. 4.Selain berbuat bising,  pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Jwp: Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu. 5.Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati. Jwp: Ketua sindiket itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim.

Ayat pasif yang betul ialah:

  1. Semak samun di kiri dan kanan lebuh raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja.
  2. Kini, hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 483 hingga 493 dan 562 hingga 566.

Tatabahasa18.05.2026

Kembali ke atas