menggalakkan: betul ke ejaannya ni. | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 02.11.2010 |
Encik, 1. Adakah ayat berikut betul? "Prestasi Ali dalam bidang sukan amat menggalakkan." Apakah jenis kata bagi perkataan "menggalakkan" dalam ayat di atas? Adakah kata kerja transitif ataupun kata adjektif? Sila berikan penjelasan. 2. Apakah nama panggillan bagi "Interact Club" dan "Broadcasting Club" dalam bahasa Malaysia? Terima kasih. | 1. Perkataan "menggalakkan" dalam ayat yang dinyatakan ialah ayat adjektif kerana disertai kata penguat amat di depannya. 2. "Interact Club" dikekalkan penggunaannya dalam bahasa Melayu manakala "Broadcasting Club" boleh diberikan padanan sebagai Kelab Penyiaran | Tatabahasa | 01.04.2009 |
Adakah perkataan menggalakkan mempunyai dua huruf "g"? | Perkataan galak apabila menerima imbuhan meN menjadi menggalakkan (meng + galak + kan). Oleh yang demikian perkataan tersebut mempunyai dua huruf g. | Ejaan | 26.03.2009 |
Betulkah perkataan menggalakkan sebenarnya menggalakan kerana kan bukan inbuhan. Bolehkah guris digunakan pada perkataan hati terguris | Ejaan yang betul ialah menggalakkan. Ejaan yang betul bagi perkataan terguris ialah 'tergores'. Oleh itu ungkapan yang betul ialah hati tergores. | Tatabahasa | 10.11.2010 |
bagaimanakah untuk membezakan penggunaan 2 'k' di hujung perkataan atau 2 'g'. contoh : menggalakkan atau menggalakan meletakkan atau meletakan | Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an. | Tatabahasa | 28.10.2009 |
Adakah ayat di bawah betul? Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat. | Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat - ayat ini betul. | Tatabahasa | 24.03.2011 |
Bagaimanakah untuk mengetahui penggunaan ejaan yang betul jika menggunakan 2 k dalam ayat-ayat contoh: dimasukkan, memasukkan menggalakkan dan sebagainaya | Dalam proses pembentukan kata,semua kata dasar yang menerima apitan peN-...-an atau ke-...-an akan membentuk kata nama terbitan contohnya penggalakan dan kebanyakan manakala kata dasar yang menerima apitan meN-...-kan dan di-...-kan akan membentuk kata kerja terbitan contohnya menggalakkan dan dimasakkan. | Tatabahasa | 13.12.2011 |
Saya cadangkan DBP agar tidak menggalakkan pengguna bahasa menggunakan kata 'orang-orang' sebagai jamak kepada 'orang' kerana hal ini banyak mendatangkan kekeliruan terutama dalam penghasilan sarikata televisyen dan mengakibatkan kami syarikat media sukar menjelaskan hukum tatabahasa kepada penterjemah/pelanggan kami. Hadkan sahaja 'orang-orang' kepada maksud 'scarecrow'/'puppets' atau sebarang objek selain daripada manusia.Terima kasih. | Kata 'orang' tidak perlu digandakan kerana 'orang' boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. 'Orang-orangan' bermaksud patung atau menyerupai manusia. Lihat Kamus Dewan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
bolehkah saya menggunakan frasa 'disambut gemuruh' untuk mengambarkan situasi di mana sesuatu perkara,acara,perhimpunan menerima sambutan yang menggalakkan/memberangsangkan? penggunaan lazim yang saya lihat ialah 'disambut tepukan gemuruh'. tetapi kerana tujuan saya ialah untuk suatu slogan (yang biasanya berayat pendek dan jitu)...saya ingin membuang perkataan 'tepukan' daripada frasa itu. nasihat DBP amat dihargai. terima kasih. | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan gemuruh bermaksud kuat dan menderu-deru bunyinya (spt kapal terbang, tepuk sorak orang ramai dan sebagainya) : Ucapan menteri itu disambut dengan tepukan yang gemuruh. Berdasarkan frasa yang diberikan oleh saudara, disambut gemuruh tidak memberikan apa-apa makna kerana perkataan gemuruh dalam konteks ini berkait dengan tepukan yang menunjukkan sambutan menggalakkan yang diterima oleh seseorang. Jika saudara hendak menggugurkan perkataan tepukan, keadaan tidak mengambarkan suasana sambutan tersebut. | Tatabahasa | 19.01.2010 |
Integrity(bahasa ingeris)=integriti(bahasa Malaysia moden)=ketulusan hati\kejujuran\keutuhan(bahasa Malaysia sebenar). Diragukan BM moden ini tanpa disedari akan menggalakkan rakyat Malaysia bertutur dalam bahasa 'rojak' dan berbahaya jika kita ingin mempertabatkan Bahasa Malaysia. | Saudara Mohd. Hafiz, Perkataan 'integriti' diterima dalam bahasa Melayu sebagai variasi kepada perkataan ketulusan, kejujuran, keutuhan dalam usaha mempelbagaikan dan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu bagi memberi pengguna lebih banyak pilihan kata. Penyerapan kata ini ke dalam bahasa Melayu tidak akan menggalakkan bahasa rojak kerana proses penyerapannya dibuat mengikut tatacara penyerapan kata daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu seperti yang ditentukan dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah, manakala bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu dalam ayat, frasa atau wacana. | Lain-lain | 22.03.2010 |