Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.lang.kan] | مڠݢالڠکن

Definisi : 1. membuat sesuatu sbg galang: ~ paha di bawah kepala orang sakit; ~ batang leher ki sanggup berkorban; 2. meletakkan (perahu dsb) di atas galang: sampan yg bocor itu akan digalangkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.lang.kan] | مڠݢالڠکن

Definisi : 1 menjadikan sesuatu sbg galang; menggunakan sesuatu utk menggalang: Ahmad berbaring di atas katil sambil ~ tangan kirinya di bawah kepalanya. 2 meletakkan (perahu dll) di atas galang perahu: Mereka ~ perahu yg bocor itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggalangkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud diksi? Apakah maksud mengempang ?Diksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai, dll; pemerengganan yang baik. Makna mengempang menurut Kamus Dewan; menggalangkan atau melintangkan sesuatu (misalnya dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat:Makna02.03.2009

Kembali ke atas