| Maaf, mengganggu. Saya ingin bertanya mengenai perkataan "mengenal pastikan" betulkah ejaan tersebut? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. Saya sangat menghargainya. | Ejaan mengenalpastikan perlulah dirapatkan dan boleh digunakan. Contoh ayat, Dia mengenalpastikan masalah itu untuk dimaklumkan kepada pihak yang berkaitan. | Ejaan | 30.09.2020 |
| Salam, maaf mengganggu saya ada pertanyaan apa maksud peribahasa 1. bagai kucing dibawakan lidi 2. semisal udang dalam tangguk bolehkah DBP Malaysia terangkan dengan lebih jelas lagi. Sekian Terima Kasih. | 1. Peribahasa “Bagai kucing dibawakan lidi" bermaksud “sangat ketakutan”. 2. Peribahasa yang betul berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah “Menggeletik-geletik seperti udang dalam tangguk” atau “Udang merentak dalam tangguk” bermaksud “tidak tenteram, sangat gelisah dan susah”.
| Sastera | 20.12.2022 |
| apakah kategori kesalahan bagi perkataan "diganggu-ugut" | Salam sejahtera, Tidak wujud frasa 'diganggu-ugut' dalam bahasa melayu. Yang ada hanyalah perkataan diganggu-gugat merujuk kepada mengganggu-gugat mengganggu dan mendakwa, memperkarakan, mendakwa dan memperkarakan. | Makna | 07.11.2012 |
| Salam, 1. Bunyi yang (kuat) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. 2. Bunyi yang (bising) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Soalan : Adakah (kuat) dan (bising) betul digunakan dalam ayat no.1 dan ayat no.2 ? 3. (Pokok-pokok) di kampung itu musnah kerana dipukul ribut kencang. Soalan : Adakah (pokok-pokok) betul/boleh digunakan dalam ayat no.3 ? 4. Maksud (tanda mata) ialah (a) hadiah (b) pemberian percuma atau ada jawapan lain yang lebih sesuai ? Sekian, terima kasih. | 1. Perkataan bising yang sesuai untuk ayat tersebut. 2. Pokok tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut, sebaliknya rumah atau bangunan lebih sesuai. 3. Tanda mata ialah hadiah untuk kenangan atau barang pemberian untuk peringatan. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
| APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GANGGUAN BAHASA? | Gangguan bermakna sesuatu yang mengganggu atau halangan. Gangguan bahasa boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang mengganggu yang menyebabkan sesuatu bahasa itu mengalami halangan untuk disebarkan atau untuk dipelajari. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk pusat bahasa di institusi pengajian tinggi awam. | Makna | 19.07.2008 |
| APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MENGELAKKAN GANGGUAN BAHASA? | Gangguan bermakna sesuatu yang mengganggu atau halangan. Gangguan bahasa boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang mengganggu yang menyebabkan sesuatu bahasa itu mengalami halangan untuk disebarkan atau untuk dipelajari. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk pusat bahasa di institusi pengajian tinggi awam | Makna | 19.07.2008 |
| Longgokan kayu yang belum (diangkat @ diangkut) itu mengganggu kehidupan penduduk tempatan. Manakah kata kerja yang paling sesuai untuk konteks ayat di atas? Terima kasih atas bantuan tuan. | Kata kerja yang sesuai dalan ayat tersebut ialah "Longgokan kayu yang belum diangkut itu mengganggu kehidupan penduduk tempatan. | Tatabahasa | 14.03.2018 |
| assalamualaikum maaf sy mengganggu... saya ingin membuat semakan berkenaan dengan gelaran bagi memo rasmi kerajaan... penerima memo adalah 4 orang pegawai lelaki...jadi, di dalam kandungan memo tersebut, panggilan perlu "tuan" sahaja atau "tuan-tuan"? saya bagi contoh ayat di dalam memo tersebut : Sehubungan itu, bagi memastikan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dilaksanakan selaras dengan PP – PK2.1, sukacita tuan-tuan dilantik bagi menganggotai Jawatankuasa Spesifikasi bagi Perolehan Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan Dan Perisian ICT Bagi Tempoh Tiga Puluh Enam (36) Bulan Di Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM). 4. Senarai tugasan dan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Spesifikasi adalah seperti di LAMPIRAN A. Pelantikan tuan-tuan selaku Jawatankuasa Spesifikasi ini adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88). Oleh yang demikian, tuan-tuan diingatkan supaya tidak mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkaitan perolehan Kerajaan ini. Bersama-sama ini dilampirkan integrity pact untuk ditandatangani dan diserahkan kembali kepada pihak urus setia untuk tindakan selanjutnya. 5. Kerjasama tuan-tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. adakah penggunaan tuan-tuan yang lebih tepat atau hanya tuan sahaja? terima kasih atas maklum balas. | | Kata sapaan yang digunakan hanyalah “tuan”, tidak perlu dijamakkan sebagai tuan-tuan kerana kata sapaan ini ditujukan kepada setiap seorang penerima sebagai individu yang disenaraikan bersama-sama penerima yang lain dalam satu memo. Untuk makluman puan, contoh ayat yang diberikan didapati mengandungi banyak kesalahan tatabahasa. Mohon rujuk buku terbitan DBP seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (2016) serta buku pedoman terbitan DBP yang lain sebagai panduan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam penulisan dokumen rasmi. | | Tatabahasa | 22.04.2026 |
| Salam tuan, maaf mengganggu. saya ingin mendapat makna yang tepat mengikut kamus dewan bagi perkataan TRANSFORMASI dan MENJANA TRANSFORMASI berkaitan 1 MALAYSIA. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama. | Transformasi bermaksud perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll): satu ~ asas perlu dibuat utk melaksanakan hukum-hukum al-Quran; Manakala menjana transformasi ialah mewujudkan/menghasilkan transformasi atau perubahan sesuatu. | Lain-lain | 03.10.2010 |
| Assalamualaikum tuan, maaf kerana mengganggu tuan. Saya Nor Atika dari IPG Kampus Bahasa Melayu. Saya ingin bertanya, pendapat berkaitan dengan penjodoh bilangan. Boleh ke tuan? Saya bersama rakan-rakan saya membuat inovasi berkaitan dengan penjodoh bilangan. Saya ingin meminta pendapat tuan, bagaimana kami ingin menentukan penjodoh bilangan untuk peralatan dalam makmal seperti kelalang kon, bikar, termometer dan sebagainya. Adakah kaedah untuk menentukan penjodoh bilangan untuk perkara seperti itu ya tuan? Dengan ini , saya lampirkan bersama contoh perlatan untuk menentukan penjodoh bilangan yang. Terima kasih tuan atas bantuan tuan. | Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 05.04.2020 |